Saturday, May 26, 2012

Aroma rindu

Teks: Masayu Ahmad

                                                    http://www.xpresszoom.com/rotikekummi

Tiap kali balik ke rumah arwah, usai mahu solat saya menyarung telekung tinggalan. Walaupun ia sudah lama, tetapi aroma rindu melekat. Rindu akan masakan arwah, rindu dengan gaya lembutnya, rindu akan tempat bermanja dan meluah rasa. Al-Fatihah.

Tahun ini adalah tahun ke 4, arwah sudah berpindah alam. Tiba-tiba rasa rindu pula menerpa.
Hari ini cuti-cuti memasak. Bergolek malas bersama Arissa. Tetapi tidak boleh lena, pula bangun melihat senarai kerja. Memang sentiasa ada dan perlu kerajinan dan semangat untuk menyudahkannya.

Apabila bekerja sendiri, kita perlu meransang diri sendiri. Alhamdulillah setakat ini masih ada rezeki untuk Allah. Pegang prinsip dengan rezeki. Hanya Allah yang memberi, yang lain adalah perantara sahaja.

Jika mahu tahu cukup atau tidak berkat atau tidak. Apabila sedikit kita masih merasa cukup dan apabila banyak, kita tidak kedekut untuk bersedekah.

Satu kunci demi satu kunci

Apabila kita berdepan dengan masalah, anggap lah ia adalah kunci yang perlu dibuka sehingga kita berjumpa dengan kuci yang lain. Masalah adalah perantara untuk kita maju ke depan. Ia perlu dilihat daripada sisi positif. Contohnya setiap hari atau sepanjang tahun kita akan berdepan degan cabaran atau masalah keluarga, kerjaya, bisnes, anak-anak, kewangan, rakan-rakan di tempat kerja dan sebagainya.

Apabila kita mula berada dilema, perasaan berduka berdepan masalah, kembali dan mengadu kepada Allah, campakkan semua masalah dengan hati reda. Insya-Allah selepas itu perasaan tenang akan mengalir.

Fasa-fasa kehidupan

Semalam ketika berada di lubuk buku, saya mencapai satu majalah. Satu artikel tentang kejayaan dan perkongsian selebriti tersebut ditulis dan ia menyentuh hati saya.

Dia berdepan dengan kematian anak sulung, ibu dan mertua yang sakit. Kemudian bisnes yang merosot, suaminya kembali bekerja. Sekarang mereka kembali mengukir tenang kerana kehidupan semakin baik dan bisnes juga kembali maju.

Bandingkan dengan keadaan diri kita, saya percaya Allah maha adil memberikan cabaran dalam kehidupan, agar apabila kita dapat membuka satu kunci, maka kita bertemu pula dengan kunci yang lain.

Bukankah untuk mendapat syurga juga sukar? Perlu mencari dan menyelesaikan satu persatu kunci-kunci sebelum layak menjadi ahli syurga. Perlu melayari fasa-fasa kehidupan berpindah ke alam lain, dihidupkan semula, alam pengadilan dan seterusnya akan dipilih sebagai ahli syurga dan neraka. Saya tidak layak untuk bica akan hal ini. Tetapi kita kembali kepada perjalanan kehidupan. Kita akan menemui banyak peristiwa, perkara, manusa yang positif dan negatif.

Salam kasih sayang

Jemput singgah di sini

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Saya sudah memiliki masa fleksibel bersama keluarga, semua informasi ada dalam ebook ini, langkah-demi langkah merancang bekerja dari rumah, atau memiliki soho, untuk membeli klikwww.janawangdirumah.com

Jualan harga promosi buku Jana RM Dari Rumah RM12.75 sahaja (harga sebenar RM15. Beli di sini melalui Karangkraf Mall


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin