Monday, May 21, 2012

Usir stress jauh-jauh, tips sahm & soho

Tempahan dibuka, kegunaan individu dan seisi keluarga 
klik di sini untuk pembelian http://panduanbacaquran.blogspot.com/


Salam kasih sayang, Alhamdulillah nikmat hati lapang tenang. Segala urusan pagi ini dipermudahkan. Selesai sudah marathon pagi ini masak sarapan, nasi sudah dimasak mertua, saya hanya goreng ikan dan ayam pedas dan teh o panas. Gosok baju Hakim dna en.suami.

Kemudian laju menyidai pakaian di ampaian. Sudah disitu mandikan Arissa. Si kecil ini sudah disuap en.suami.  Jadikan saya mandikan, menyusukan sambil mengadap laptop dan kini Arissa sedang enak dibuai mok.


Tips wahm & soho

1. Agihkan kerja rutin- maksud kerja rutin di sini, mahu atau tidak memang kita perlu siapkannya. Tetapi ingat biarkan ia fleksibel dan jangan terlalu mengikut rejim yang ketat, nanti kita pula yang stress. Banyak kali saya kongsi, bekerja sendiri menjadikan kita lebih fleksibel. Pilih masa yang sesuai untuk uruskan rutin yang mudah atau sukar. 

2. Agih masa: Ok, saya ada tiga jenis kerja utama, iklan, menulis dan urus keluarga. Ini adalah keutamaan setiap hari. Dan buat pula pecahan. Pagi hari kalau tidak mahu gangguan, saya boleh menulis dari jam 3- hingga 5 pagi jika rajin. jam 6, 7, 8 perlu fokus memasak, mengemas, urus pakaian, anak-anak ke sekolah dan juga diri sendiir.

3. Buat senarai- Buat senarai mengikut keutamaan, apabila sudah biasa, senarai ini sudah terkiat kemas dalam minda kita.

4. Fokus ikut jam atau tenaga kerja yang tinggi- maksudya awal pagi adalah permulaan yang baik untuk kita selesai perkara yang sukar. Jadikan rutin kerja mudah dengan 'gabungan' multitaskinng, iaitu menyediakan sarapan, urus anak sekolah dan selesaikan kerja remeh-temeh yang lain. Apabila jam kerja 9-12, mula fokus urusan kerja dan bisnes. 

Empat tips di atas ada saya masukkan dalam ebook dan buku jana rm dari rumah, mungkin ia olahan yang berbeza, miliki jana rm dari rumah, klik di sini untuk membeli. dapatkan harga promosi RM12.75 sahaja.


Salam kasih sayang






No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin