Sunday, May 27, 2012

Hujan sudah turun

Teks: Masayu Ahmad


Hujan sudah turun dengan lebat, saya suka dengan cuaca begini, Jendela sedikit dibuka agar ada tempias air hujan. Sejuk dan tenang sekali. Waktu paling seronok menulis adalah waktu begini, pagi dan petang. Jika hujan bertambah seronok.

Hujan begini  pekena kopi panas dan roti sedap juga. Tadi sempat juga siapkan tomyam dan telur goreng. Cukuplah untuk malam ini.

Abang Hakim temankan ibu di meja, sambil siapkan pendidikan Islam. Alhamdulilah. Arissa lena tidur sambil menyusu. Pakaian belum berkesam lagi, esok sudah mahu bertolak ke KL.

Suasana di Kota Bharu sudah sesak, jalanraya Kuala Krai-KB juga bertali arus plat nombor kenderaan, negeri selangor, johor, perak dan seluruh malaya,

Pada masa inilah, musim cuti sekolah, macam hari raya pun ya. Keadaan akan meriah, di jalanraya, melimpah di bandar dan pekan-pekan.

Saya tahu kerinduan anak-anak kelate sudah tentu akan masakan tempatan. Gulai kawoh, nasi berlauk, nasi kerabu, sebut sahaja memang terliur dibuatnya.

Kuih-muih akok, pulut, beko, dan macam-macam kuih muih tempatan. Disebabkan saya tidak mahu bersesak di kota bharu, jadi peluang ini saya ke KL pula, ;), bagi peluang kepada kalian yang jarang pulang.

Jemput singgah

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin