Sunday, May 6, 2012

Jangan terikat dengan ruang dan peluang, tips wahm & soho

Teks: Masayu Ahmad

Apabila mencari maklumat tentang bekerja dari rumah, jangan terikat dengan andaian hanya melakukan satu jenis kerja sahaja dan ia tidak fleksibel.

Cipta ruang

Mencipta ruang bekerja dari rumah menjadikan kalian teruja dengan suasana bekerja yang baru. Pun, begitu ada ketikanya anda akan mula mengalami perubahan baru, tekanan dan cabaran yang baru.

Tekanan yang baru kerana perlu menyusun dan mengimbangi semula jadual kerja dan tambahan tugas iaitu anak-anak berada di sekililing persekitaran kerja.

Cabaran baru, bagaimana untuk memastikan pendapatan adalah stabil dan ia adalah tidak terhad kepada satu sumber sahaja.

Tiga jenis bisnes

Ada situasi usahawan dapat bertahan dengan satu jenis bisnes, ada juga yang akan mula melangkah mencipta peluang-peluang baru. Peluang baru muncul setelah anda menerima pelbagai cabaran dan masalah, maka akan tercetus idea yang lebih segar berdasarkan kekangan yang ada.

Kita akan menjadi lebih kreatif, ruang kerja yang mengujakan, dan mengalihkan cabaran kepada peluang baru.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin