Friday, May 18, 2012

Malam yang hening

Teks: Masayu Ahmad

1 tahun 5 bulan


Malam yang hening, bunyi kenderaan, kipas, aura udara yang nyaman. Petang tadi agak kepanasan, menjelang malam sudah mula rasa sejuk. Aduhai, saya kembali bersemangat menyambung tugasan menulis. Ini adalah bakat, semangat, perjuangan dan juga ia lahir dari hati. Menulis sebagai hobi, kerjaya dan ia sudah menjadi rutin yang sebati.

Sedikit atau banyak perolehannya, alhamdulillah sekurang-kurangya saya rasa sangat nikmat apabila rezeki wang dari hasil penulisan dapat dirasa, dikongsi keluarga. Alhamdulillah. Saya hanya perlukan sedikit momentum dan kerja keras agar lebih banyak buku dan ebook dihasilkan. Kerja dua jam menulis maka hasilnya dua jam, 10 jam menulis hasilnya 10 jam. Makanya perlu lebih tekun dan lebih banyak yang akan terbit. 6 bulan pertama, bermula Disember 2011 dan kini pertengahan Mei 2012 saya fokus kepada perkhidmatan iklan untuk pengusaha pemilik kecil. Dan kini ia sudah memasuki trek, jadi saya tenang-tenang semula untuk berlari semula di 'trek penulisan'. Harapnya dua trek ini dapat dilakukan seiring.

Jangan lupa singgah di kedai buku online saya ya ;D
http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Disebabkan situasi semasa memerlukan saya banyak urusan luar dan juga tidak mahu menyimpan stok, maka kedai buku online ini adalah lahir dari minat, bakat dan apa sahaja yang saya suka.

Tadi saya membaca status rakan-rakan ada yang kenaikan gaji, pangkat dan ada juga yang kehilangan kerja. En. suami kembali mengingatkan saya, tulis banyak-banyak dan terbit banyak-banyak, dapat nikmati rezeki dari hasil sendiri, itu adalah sebaiknya.

Ya, juga saya kembali muhasabah kerja yang saya miliki sekarang. Alhamdulillah setakat ini masih cukup, anak-anak boleh ke sekolah, ada tempat tinggal, kedua mertua masih ada begitu juga ayahanda. Itu sudah cukup.

Alhamdulillah, kerja saya fleksibel, kini hanya terpulang kepada empunya diri mahu pecut 80, 100, 200 km sejam.

Saya sendiri menentukan jam kerja, mahu berapa dan apa, di mana, siapa. Itukan sebaiknya. Jika anak sakit tidak perlu sibuk-sibuk minta cuti, saya sendiri yang buat keputusan. Keputusan di tangan sendiri.

Buat perkara yang kita suka, jika ada perkara yang tidak suka abaikan segera. Jangan ia dijadikan toksin dalam kehidupan.Hidup ini sekejap sahaja. Tidak lama lagi kita akan ke negeri abadi, tidak tahu bila tetapi perlu bersedia.

Kalau mahu hasil banyak, maka perlulah beusaha lebih gigih. Gigih usaha maka banyaklah hasil.Hasil pula ditentukan oleh yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin memulakan usaha kecil bekerja dari rumah atau bisnes dari rumah, boleh memulakan langkag awal membeli ebook ini www.janawangdirumah.com.

Ia adalah info yang saya kumpul juga perkongsian dari mereka yang sudah memulakan bisnes dari rumah. Antaranya nazira.biz, adalah wanita yang bekerjaya dan pada masa yang sama Nazira menjalankan bisnes dari rumah secara sambilan. Namun pendapatan bisnes online yang diusahakan adalah lumayan.

Jika anda masih sayangkan kerjaya yang disandang sekarang dan pada masa yang sama mahu menambah pendapatan. Perkongsian Nazira Noran tentang bisnes online.http://www.nazira.biz/ ada dalam ebook www.janawangdirumah.com.  Jangan lupa dapatkannya.












1 comment:

Ely Hasrul said...

dh setahun lebih dh mas, cpt kan masa berlalu. sy pon dh abis pantang hihi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin