Saturday, May 12, 2012

Diari wahm, petang sabtu yang hening



Teks: Masayu Ahmad

Guruh di langit sudah berbunyi. Harapnya ada rintik hujan turun membasahi bumi. Tadi saya berlari sekejap mengutip kain di ampaian. Mood mahu menulis dan idea turun laju selajunya. Alhamdulillah rezeki idea saya tidak pernah kering dan gersang. Cumanya masa yang menjadi pertempuran. Perlu lebih disiplin dan mencabar diri dalam segenap ruang

Dua hari ini mertua tidak sihat, tidak pula dapat saya pulang menjenguk ayahanda. Tetapi pagi Khamis saya membawanya ke Kota Bharu dan singgah di restoran nasi sumatera, kegemaran ayahanda. Sebelum kembali bekerja saya menemani ayahanda makan tengahari.

Usai makan, sempat mengemas apa yang perlu, menyapu lantai dan membuang sampah. Saya bersyukur kerana ayahanda seorang pengemas. Jadinya rumah sentiasa berada dalam keadaan terjaga.

Hujung minggu sudah habis, rutin sibuk akan berlangsung seperti biasa. Hari ini saya mencuri rehat tidur siang. Mahu kembalikan tenaga. Apakan tidak kitalah isteri, wanita, anak, menantu, ahli masyarakat, yang turut menyumbang dalam pelbagai ruang dalam kehidupan.

Semoga kudrat yang ada ini mampun menyempurnakan tugas sebaik mungkin.
'Gunung everest' sudah menimbun menanti untuk diselesaikan berdikit-dikit. Juga terima kasih buat kakak ipar yang pulang menjenguk dan memasak untuk menu tengahari. Sangat membantu.

Nota

Jika mahu memiliki soho atau bekerja dari rumah, mulakan membaca ebook ini www.janawangdirumah.com
mungkin boleh mulakan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Jika tidak hari ini mungkin tahun ini, atau tahun hadapan atau tahun-tahun yang akan datang.

Jemput singgah di kedai buku online saya, http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926.

Juga boleh dapatkan al-quran digital sempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, klik di sini untuk membeli
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.405251192830827.87442.325713544117926&type=3

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin