Thursday, May 24, 2012

Bekerja sambil bercuti-tips wahm & soho

Teks: Masayu Ahmad

Delima Ruby Guest House hanya lima minit ke Wakaf Che Yeh dan 10 minit ke Kota Bharu.
                                Sumber http://www.xpresszoom.com/delimarubi

Sudah lama juga tidak jelajah cuti-cuti Malaysia, kali terakhir pada hujung tahun 2011, semasa boyot mengandungkan Arissa. Tiga minggu berada di Penang, sambil bawa kanak-kanak riang, sambil menemani en.suami bekerja.

Eh, kali ini ke Kuala Lumpur. Aduhai sudah 1 tahun lebih saya meninggalkan KL, berhijrah ke Kelate, sekejap masa berlalu. Jika ada urusan di KL hanya sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut.

Sangat penting apabila kembara begini saya mengambil peluang untuk mencari udara baru sambil menulis, menyunting dan menyudahkan mana-mana manuskrip yang tertangguh.

Dalam pada itu, perkara berikut antara tips untuk saya dan para wahm atau soho yang lain.

1. Sentiasa mempunyai akses internet untuk kemudahan berhubung. Maksudnya walau di mana sahaja kita berada, boleh sahaja bekerja.

2. Isi masa berkualiti bersama keluarga. Kembali matlamat asal untuk mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga. Jadi, biasa saya bawa buku2 yang bar. Biasa mereka juga bersemangat.

3. Sekali-sekala tinggalkan urusan kerja buat sementara. Isi sepenuhnya masa yang ada merai anak-anak dengan aktiviti semasa bercuti. Pilihan di tangan kita, mahu yang macam mana. Banyak pakej menarik di luar sana, berdasarkan lokasi percutian, pilihan agenda mengikut minat keluarga, aktiviti yang meransang anak-anak dan sebagainya.

Bersambung:


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin