Thursday, May 24, 2012

Cari mentor yang tepat!


Teks: Masayu Ahmad

Turun dan naik kehidupan. Ada masa kita berduka, kecewa, gembira, tenang dan sebagainya. Saya ingin berkongsi satu perenggan yang melekat di hati salah satu buku, lupa buku apa.

Antara ayatnya begini, jika pada satu ketika kita merasa kecewa, sedih berduka, tidak puas hati atau apa sahaja. Luahkan sahaja dalam bentuk emosi menangis, muhasabah, luahkan-luahkan. Dan, yang penting biarkan ia hanya 24 jam sahaja. Jam berikutnya mulakan fasa baru, orang baru. Jangan biarkan emosi-emosi begini masuk ke dalam minda dan fizikal. Ia toksin dan ia juga penghalang kepada fokus dan kejayaan.

Dato Rusly

Semalam saya berkesempatan hadir di sesi bersama Dato' Rusly. Aduhai semua patah-patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah kata-kata motivasi, inspirasi dan semangat. Jutawan yang ideal.

Banyak yang saya catat. Apa yang penting saya perlukan kesegaran begini untuk kembalikan momentum diri. Alhamdulillah banyak yang saya serap.

Sangat penting kita berada di sekeliling mereka yang positif, memberi peransang dan semangat. Ia membantu untuk kekal fokus dalam apa sahaja perjuangan. Tidak kira bekerja, belajar, bisnes dan apa sahaja.

Cari lingkungan positif yang boleh memacu minda dan emosi kita seimbang. Buang anasir-anasir negatif yang tidak membantu pencapaian.

Salam kasih sayang

Jemput singgah http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Bagi yang mahu merancang bekerja dari rumah, bolehlah mula dapatkan ebook ini www.janawangdirumah.com

1 comment:

Wan Anie said...

24 jam mas....

saya mahu ianya berlalu 5-10 sahaja :)

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin