Monday, May 7, 2012

Segar, ceria dan bertenaga!


Salam kasih sayang apa khabar pembaca blog budiman. Alhamdulillah atas rutin hari ini. Semalam dan hari ini saya kembali segar dan bertenaga. Ada hari tenang, lapang, ada hari kecewa dan berduka. Ini adalah lumrah. Apa yang penting cerap semula tenaga positif.

Rutin baru sekarang, berpagi usai solat, mandikan Arissa, jemur pakaian, mandikan Arif dan Aiman. Bersarapan dan sumbat segala keperluan anak-anak. Kemudian hantar mereka.

Kemudian saya pecut ke 'port tersembunyi' yang baru. Alhamdulillah momentum baru, harapnya dapatlah saya siapkan suntingan ebook yang tergantung dan juga suntingan satu lagi manuskrip yang diperam.

Jadual menulis rancak semula.

Jemput singgah di kedai buku online saya

                     http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926

Harapnya momentum baru ini segara hingga hujung tahun. Lebih banyak buku lebih banyak ebook yang dapat saya siapkan tahun ini. Itu adalah matlamat dan janji kepada diri sendiri.

Jangan lupa dapatkan persediaan bekerja dari rumah. Kalian juga sudah tentu mahu seperti saya. Alhamdulillah walaupun bukan bergelar jutawan, masih cukup rezeki Allah kurniakan. Selagi mana kita usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa dan tawakkal. Alhamdulillah, kami tidak pernah kelaparan, masih ada nikmat kasih sayang ke dua mertua dan ayahanda. Inilah penawar paling mujarab. 

Ketika saya kesedihan dan kecewa, ketika itulah saya bangkit semula. Bersegera bersyukur, Allah tidak beri saya 1 juta setiap hari, tetapi masih cukup tempat istirehat, bakat menulis, anak-anak yang sihat, orang tua yang masih ada untuk berbudi dan juga suami yang menyayangi.

Suka suka lokasi saya sekarang, saya sentiasa perlukan angin baru, suasana baru, kerana ia memberi momentum baru.

Sebelum itu, baca dahulu panduan awal bekerja dari rumah bagi yang belum memilikinya, www.janawadirumah.com.

Juga nanti ebook butik, yang sedang saya sunting dan rombak semula ini. Sebelum bersedia membuka butik online dan offline, apakata baca dahulu persediaan awal sebelum kalian bertarung bekerja dari rumah atau memiliki bisnes skala kecil sendiri. Baca, ulang dan ulang. Ia adalah sentuhan pengalaman saya sendiri, dan juga pengalaman usahawan terdahulu dan wanita dan isteri yang bergelar WAHM & SOHO. Baca dulu ya, 
panduan bekerja di rumah untuk wanita, klik link ini www.janawangdirumah.com



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin