Tuesday, May 8, 2012

Salam kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Marathon pagi ini berjalan dengan baik. Usai bangun mandi, solat subuh, gosok baju kerja en.suami, susukan Arissa, selesai di situ.

Saya ke dapur, nasi sudah dimasak mertua. Ada daging yang sudah dipotong dan juga sayur. Jadi saya mulakan bismillah dan masak daging goreng kunyit, sambil itu dapur satu lagi goreng ikan. Siap!

Panaskan air, kemudian suapkan Arissa. Semalam Arissa tidur awal dan tidak makan, agaknya kelihatan. Kebelangan ini si puteri semakin aktif dan sudah semakin petah.

Tugas seterusnya bangukan Aiman. Hakim sudah siap ke sekolah di, en.suami sudah uruskan. Usai selesai Aiman, saya ke dapur kembali, melihat ampaian sudah siap berjemur. Terima kasih en.suami.

Sambung lagi melibat saki baki kain yang diangkat semalam. Siap di situ. Kemudian sambung bangunkan Arif. Arif sukar bangun pagi. Memang bercinta mahu melayan kerenahnya waktu pagi. Saya teruskan juga selesaikan Arif. Mandi dan biarkan di baring di sofa, sementera kerenahnya reda. Saya kembali ke ampaian dan menjemur pakaian kanak-kanak riang.

Aiman pula mahu makan. Jadinya menyeduk nasi putih dan daging goreng. Si kecik Arissa disuap juga. Sambil saya juga tumpang sekaki. Selesai di situ, saya punggah semua barang ke kereta.

Tukar pakaian dan bergerak menghantar kanak-kanak riang.

Sekarang dari jam 9.00 hingga 10.21 saya sudah menyiapkan rutin di atas dan menyunting ebook yang ada di tangan.

Ok, sempena kedatang ramadhan tidak lama lagi, kalian boleh memiliki e-iqra iaitu panduan yang membantu kita mengenal tajwid dan membaca quran dengan lebih baik.

Produk ini dah lama ada di tangan, saya tidak sempat untuk menunjukkan kepada kalian, jadi boleh mula melihat dahulu, ya. di sini klik pautan di bawah. Saya akan terangkan dari masa ke semasa.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.405246809497932.87441.325713544117926&type=1



Jika kalian pernah menggunakan www.starfall.com, ia adalah teknik yang sama dalam mempelajari tajwid. Ada tiga cd berasingan. E-iqra diterbitkan oleh DBP dan kami adalah satu-satunya pengedar tunggal untuk produk ini.

Juga boleh dapatkan al-quran digital Al-Iman Boleh digunakan setiap hari dan juga boleh dijadikan sebagai hadiah.




Diluluskan Kementeria Dalam Negeri-Jakim Malaysia
Klik di sini untuk tempahan dan pembelian


Terima kasih, salam kasih sayang semoga hari ini lebih baik dari semalam. Terus berjuang dan sempurnakan aoa sahaja matlamat hari ini.

Masayu Ahmad



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin