Wednesday, August 24, 2016

Kembara perjuangan

Amni 2 minggu

Teks dan foto: Masayu Ahmad

Lama sunguh tidak bersiaran di sini. Sepanjang setahun hamilkan Amni saya fokus untuk berehat dan bertenang. Tiga hari sebelum 1 Ramadhan bersamaan 3.6.2016 Amni lahir. Maka bersambunglah berehat sepanjang bulan puasa.

Cukup 6 kelahiran saya dapat merasakan momentum agak tersasar. Kemudian perlahan saya mula atus dan susun semula jadual harian. Kali ini respon kepada keadaan fleksibel agar saya mampu menangani apa sahaja urusan dengan baik.

Ada perkara saya boleh pejam mata saya pejam mata. Ada perkara saya boleh urus saya lakukan satu persatu. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kadangkala ada banyak perkara yang mahu dicapai serentak tetapi perlu akur dengan keadaaan.
Fokus perkara yang berada dalam kawalan, sementara perkara yang lain berdikit dikit ubahsuai dengan kemampuan.

1 comment:

Zaila HZ said...

Betul tu. Walaupun kita di rumah, disebabkan kita juga ada beban kerja ditambah anak-anak yang lasak dan membesar, terpaksa pejam mata dan tak boleh nak buat segalanya sempurna. Terpaksa terima dan sedar kemampuan diri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin