Wednesday, December 14, 2016

Kerinduan pada yang tiada

Teks: Masayu Ahmad

Redup pagi. Angin sejuk menyapa, bugar sekali. Lafaz syukur atas segala nikmat hingga ke hari ini.
Cuti sekolah berbaki tiga minggu. Juga tahun baru sudah mengintai tabir.

Cuti begini ada yang mengambil kesempatan untuk menjenguk orang tua yang jauh. Jauh di mata terkenang-kenang memori.

Ada sahabat yang meminta pandangan bagaiman kita orang yang jauh ini menyantuni orang tua. Selain doa yang tidak putus. Tentu ada lagi perkara yang kita mahu buat, tetapi ada keterbatasan masa dan kesempatan.

Apabila ada orang menjaga ayah dan ibu di kampung lalu bagaimana pula kita mahu menambah khidmat. Ini sekadar pandangan dan pengalamana. Saya, mujurnya mempunyai ipar dan biras yang baik-baik

Apabila balik mereka berbondong-bondong membawa buah tangan. Selalunya kerna kita faham ibu yang sudah semakin uzur. Tidak lagi boleh memasak, seperti selalu sebab kita mahu mereka masak. Tetapi sekiranya uzur benar kitalah yang memulai.

1. Apabila jarang balik, sangat mahu merasai masakan ibu, emak dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya orang tua uzur. Maka tidak perlu lagi memberitahu mahu makan itu dan itu, rindu masakan itu dan ini. Cukup sekadar menyatakan mahu pulang. Semoleknya jangan beritahu teringin makan.

2. Kita boleh bawa masakan yang sudah siap dan makan beramai-raaai. Boleh nyatakan ibu, mak mahu makan apa. Kita yang membeli barang-barang basah dan gotong royong, bukan masak kegemaran sendiri sebaliknya tanya apa mak, ayah, tok abah, tok ayah mahu makan. Sudah petik kegembiraan awal untuk dirai.

3. Berterima kasih kepada kakak, adik, ipar yang menjaga orang tua. Bagaimana?Sesekali balik buat gotong royong membersikan rumah. Sesekali balik peluk dna ucap terima kasih. Ini juga satu sokongan emosi dan kasih sayang.

4. Selalu memberikan sokongan kewangan setiap bulan tanpa perlu ditanya-tanya. Beri secara konsisten. Waima ibu bapa sudah kaya raya, menghulurkan setiap kali balik, menjadikan ia ingatan tulus.

5. Sebaiknya sebelum turun bersihkan rumah, tempat tidur. Sebabnya ia juga satu lagi sokongan emosi dan perasaan. Bertamu dengan kasih sayang untuk memudahkan.

6. Dengar dan berbicara dengan orang tua. Mereka sangat mahu berkongsi dan bercerita kenangan silam. Ia terapi. Walaunya kisahnya diulang-ulang, Kita juga akan berada di tempat yang sama satu hari nanti jika umur panjang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin