Wednesday, September 7, 2016

Memanggil-manggil

Teks: Masayu Ahmad

Klik di sini ya untuk dapatkan naskah di atas www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, Amni sudah 3 bulan begitu pantas masa berjalan. Saya kembali bertatih semula merancang dan menyusun jadual. Alih-alih esok sudah pun bermula cuti persekolahan dan juga cuti untuk perayaan Aidil Adha.

Semenjak kehilangan mertua Disember lalu, masa saya rasakan begitu pantas mengejar. Ketika itu hamil 2 bulan. Usai selamat pengebumian, saya ambil masa untuk bertenang dan berehat. Satu bilik barang arwah saya kemas dan saya letak satu sudut. Masih lagi di dalam bungkusan. Kemudian selepas habis berpantang barulah ada tenaga menyelesaikan lagi. Kemas semula bilik arwah ma. 

Baju-baju masih elok berbungkus. Niatnya memang mahu disedekahkan.

Usai bersalin, saya fokus berpantang. Tetapi berpantang kali ini tidaklah berpantang sangat. Berpantang anak enam. Agak ribut juga.

Hari ini baru sudah selesaikan bilik bacaan dan juga bilik belajar anak-anak. Lama saya tidak fokus untuk Hakim, Arif dan Aiman.

Arissa juga sudah laju membaca. Biasanya anak-anak yang lain sudah membaca pada usia ini. Tetapi alhamdulillah kami buat latih tubi dalam 2 minggu ada banyak peningkatan buat Arissa.

Borang darjah 1 juga masih belum diisi. Masih elok terletak di atas meja. Abang Hakim bawa balik.

Tahun hadapan memang berderet satu sekolah, darjah 1, darjah 3, darjah 4 dan 6. Mujur tidak penuh, hehe masih ada lompang darjah 2 dan 5.

Hari ini ibu dapat gear semula, dapat masak awal pagi sejak minggu lepas. Jadi anak-anak kenyang sebelum ke sekolah.

Buat apa renyah-renyah masak. Tetapi sebenarnya ia berselang seli. Sekiranya ibu bertenaga maka jadual makan pagi juga bertenaga. Kalau ibu 'ribu' memang ada selang seli biskut, kurma atau sarapan yang mudah-mudah.

Sarapan campak-campak 5 hingga 10 minit sahaja, sebelum Amni memulakan soparno pagi dan Ammar mula menjelmakan diri dengan terpacak sambil cekak pinggang.

Selalunya juga awal pagi, Amni dan Ammar sudah wangi usai kakak Arissa melambai tangan.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin