Thursday, May 12, 2016

Minggu ke 37

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas persediaan ini dahulu ya www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, alhamdulillah nikmatnya sihat, bermula November dan Disember saya mula mengalami alahan teruk dan mengambil keputusan memperlahankan beberapa aktiviti.

Beberapa hari ini rasa sangat sihat dan rasa bertenaga. Kini sudah pun mula memasuki minggu ke 37 dan minggu ke 38 seterusnya bayi boleh lahir pada bila-bila masa sahaja.

Penghujung trimester ke 3 saya mula berpindah ke bilik berpantang, dan persiapan juga sudah berada peringkat akhir. Hanya beberapa keperluan sahaja lagi belum dibeli.

Satu kotak pakaian bayi sudah pun dihantar dobi. Beli juga yang beberapa helai yang baru bagi merai si kecil. Alhamdulillah.

Doakan saya berada dalam kesihatan terbaik untuk berjuang sekali lagi.

Agihan masa

Banyaknya saya berehat untuk tahun ini, dan merancang semula mana-mana kerja mengikut keutamaan.

Senarai judul ebook dan manuskrip saya senaraikan semula dan insya-Allah akan mula semula. Banyaknya saya berehat dan membaca sahaja untuk tempoh kehamilan kali ini.

Tumpuan juga untuk anak-anak, lantaran kelahiran ini adalah menjelang Ramadhan dan cuti persekolahan, Ammar, Arrisa dan Aiman akan berada di rumah ibu saudara di Besut. Tinggal hanya Hakim dan Arif sahaja di rumah, boleh membantu ibu.

Ya, berpantang sepenuhnya sendiri dibantu en.suami yang akan bercuti seminggu. Insya-Allah.

Sejak sudah berada minggu-minggu akhir ini barulah perasaan teruja kunjung tiba, manakan tidak saya cepat penat dan juga agak emosi. Itu sebabnya saya banyak berdiam diri dan berehat sahaja.

Namun, ajaibnya untuk kali ini saya tidak mengalami kekejangan 'cramp' atau nama lain 'nyetok mengkarung' kata ore kelate. Alhamdulillah atas anugerah kesihatan ini.

2 comments:

Zaila HZ said...

Alhamdulillah, semoga proses kelahiran kak mas dipermudahkan oleh Allah. Saya akan menyusul hujung tahun ini, insha Allah :)

Wan Anie said...

Alhamdulillah... sudah bersalin ke Mas?

Saya InshaAllah awal Ogos ini.

Saya doakan Allah mudahkan urusan Mas.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin