Teks: Masayu Ahmad
Dapatkan semua rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Alhamdulillah, sudah hari ke 13 Ramadhan, nampaknya sudah menghampiri separuh Ramadhan. Sekejapan sahaja berlalu kan.
Suasana tahun ini sangat berbeza namun kehadiran Ramadhan tetap meninggalkan kesan. Apakan tidak biasanya dapat bergilir dengan kakak pulang ke rumah ayah untuk memasak dan berbuka bersama.
Juga kami menyantuni arwah mok dan arwah itu. Kita terkenang-kenang pada yang tidak ada. Namun pada kalian dan saya sendiri jika masih ada orang tua pastinya menggunakan masa yang ada untuk berkhidmat.
Berpantang sendiri
Berpantang kali ini sangat jauh berbeza, tidak ada yang tolong masakkan lauk pantang, rebus air teresak untuk mandian pantang. Hanya ada suami yang sepenuhnya membantu dan mengurus saya dan anak-anak.
Alhamdulillah juga si kecil sangat mudah dijaga. Dua malam pertama selepas kelahiran kami dipisahkan wad, jadi saya guna kesempatan tersebut untuk berehat sahaja. Malam ke tiga baru tidur bersama bayi.
Ajaibnya kan perasaan, dahulu si kecil ini dibawa di dalam perut. Sekarang ditenung dipandang sudah ada di sisi.
Amni, bermaksud ketenangan dan kesejahteraan. Moga solehah berbakti kepada orang tua, agama dan bangsa.
Amni sangat mudah diurus dan saya sangat senang memandangkan tidak rumit. Kadangkala teringat juga dahulu berpantang arwah mek berpagi merebus air mandian, kemudian nasi ikan bakar berulamkan kunyit muda dan lada hitam.
Al-Fatihah.
Tidak salah mengenang kenangan, moga roh arwah mek sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan beriman.
No comments:
Post a Comment