3.6.2016
5.6.2016
6.6.2016
Cerita kemudian ya ;D
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t akhirnya selesai jua perjaungan fasa selepas 40 minggu kehamilan. Jangkaan saya bersalin adalah 30.6.2016, tetapi jangkaan doktor berdasarkan alat pengimbas bayi adalah 3.6.2016.
Saya perlu melapor atau nama lain menyerah diri pada 2.6.2016, iaitu sehari sebelum tarikh jangkaan. Pada minggu ini adalah bertepatan dengan cuti sekolah. Jadi saya banyak berdoa agar kelahiran akan berlaku tepat pada tarikh tersebut.
Minggu terakhir 39 minggu kehamilan kontraksi main-main sudah pun bermula. Saya melakukan aktiviti seperti biasa. Namun doanya agar segeralah ia berakhir. Pada tarikh 1.6.2016 kontraksi sudah bermula, namun ia tidak konsist secara tepat.
Kontraksi terus bersambung kitaran setiap 20 minit dan kadangkala 10 minit. Pada penghujung malam saya terlena dan dengan harapan keesokan pagi ia akan lebih cepat berlalu. Sejak awal pagi saya sudah gembira kerana kontraksi sudah setia 10 minit. Namun tidak ada tanda-tanda seperti pecah ketuban seperti biasa.
Jadi saya arahkan Arif dan Hakim, melakukan gotong royong membersihkan rumah sekali lagi. Masakan tidak akan menyambut Ramadhan dan kemudian Syawal. Jadi saya mahu suasana rumah berada dalam keadaan sedia dan teratur. Kemas rumah, sapu rumah, mop lantai, bersihkan dapur. Dibantu suami dan anak-anak. Perasaan lega kerana dapat menyelasaikan semua tugasaan dengan baik.
Jam 10 pagi barualah kami sarapan. Peti ais sudah dikosongkan kerana jangkaan minggu pertama tidak memasak. Pada 1.6.2016 itu juga Ammar, Arissa dan Aiman dibawa pulang oleh kakak ipar yang sulung, yang tinggal di rumah hanyalah Arif da Hakim,/ Saya berpantang sendiri sepenuhnya kali ini dibantu suami. Rindu juga dengan arwah mek dan arwah mertua.
Jam sudah menginjak 12 tengahari, kami singgah lagi di rumah abang ipar, tinggalkan Hakim dan Arif di situ. Kemudian berehat sebentar solat zohor.
Jam 3 petang sampai di hospital. Terus ditempatkan di wad. Usai pemeriksaaan bukaan sudah 3 cm. Langsung solat asar. Saya sudah tidak boleh lena, kerana kontraksi terus berlangsung. Anggapan saya berdasarkan pengalaman lalu, jam 3 pagi nanti insya-Allah akan bersalin.
Banyaknya saya melakukan akiviti berjalan di dalam wad, selepas maghrib bukaan sudah 4 cm. Kemudian jam 2 bukaan 5 cm.
Jururawat memaklumkan saya sudah boleh bersedia untuk ke bilik bersalin. Saya memilih untuk berjalan sahaja kerana kontraksi masih terkawal dan tidak terlalu sakit.
Seperti biasa apabila baring, pemeriksaan dan juga ctg. Saya sudah tidak sabar menyelesaikan. Ditemani en.suami, zikir dan doa tidak putus.
Gerakan demi gerakan. Entonoks saya sedut untuk mengembalikan tenaga. Sangat terasa apabila gelombang kontraksi semakin menyengat dan saya terasa seperti gerakan dari dalam menuju untuk keluar.
Alhamdulillah jam 3.23 anakanda lahir dibantu bidan dan juga doktor wanita muda.
Alhamdulillah. selesai jua. ;)
No comments:
Post a Comment