Sunday, September 9, 2012

Tips urus masa super sibuk-sahm, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah untuk hari ini, ayah dan Hakim sudah pun beredar. Tinggal lagi saya, Arif, Aiman dan Arissa. Sejak bulan puasa kesibukan saya berganda dengan tugasan baru, amanah baru dan ulang alik menjaga ayah di hospital. Beberapa hari sudah demam dan sakit kepala pula. Rupanya tidak mendapat rehat yang cukup. Alhamdulillah semalam semuanya sudah reda, dan hanya selsema sahaja. Apabila berada dalam keadaan tidak sihat, tidak cukup masa, saya teringakan ini.

Masa sihat sebelum sakit.
Masa lapang sebelum sibuk.

Kesihatan dan masa adalah nikmat terbaik yang perlu kita syukuri setiap hari. Betapa banyak pun wang tetapi nilai kesihatan sudah tidak ada, wang yang banyak juga tidak ada makna lagi. Hanya digunakan untuk perubatan sahaja, bukannya untuk perkara yang ingin dilakukan semasa sihat. Saya melihat ramai yang kaya tetapi sakit dan miskin tetapi sihat. Jadi memilih bersederhana tetapi sihat. :)

Ok, banyak pula membebel. Kembali kepada topik iaitu urus masa bagi yang menjalankan bisnes dari rumah.

1. Ada yang bertanya saya bagaimana mengurus masa? Ya, sememangnya sangat sibuk, akan tetapi saya tidak meletakkan kesibukan itu sebagai perkara utama, tetapi jadikan sibuk yang fleksibel. Iaitu perlu rancang dengan baik apa yang akan dan ingin dilakukan sepanjang tahun, bulan, minggu, hari dan jam.

2. Kesibukan terurus. Apabila sibuk kita cenderung tidak ada masa untuk sendiri. Contohnya apabila satu hari saya ada aktiviti, saya akan pastikan makan makanan yang berkhasiat yang megenyanngkan. Selalu mengambil kurma badam untuk alas perut, atau jika saya tahu saya tidak sempat untuk makan tengahari, pagi hari akan minum milo panas dan saya makan berat sekitar jam 10 pagi iaitu nasi dan susu kambing. Jadi saya dapat bekerja sehingga petang iaitu 5.00. Hanya berhenti untuk solat Zuhur rehat sekejap sahaja dan teruskan apa sahaja aktiviti yang 'disibukkan' pada hari tersebut.

3. Jangan dera badan. Ambil peluang untuk rehatkan diri atau 'reward' apabila terlalu penat saya akan berurut cara kampung. Ia satu terapi yang sangat baik, dan akan kembali cergas selepas itu.

4. Bijak membahagikan masa antara urusan kerja/bisnes dan keluarga. Selalu sematkan dalam diri bahawa kita memilih bekerja dari rumah kerana komitmen keluarga. Urusan lain adalah perkara ke-dua walaupun komitmen kewangan juga penting. Kembali kepada niat dan kita tidak akan tertekan dan akan mengimbangi semula 'kesibukan yang tidak terurus'.

Salam kasih sayang

Klik di bawah untuk beli
RM123- Semenanjung skynet
RM143-Sabah, Sarawak skynet
Air Zam-zam
Jus Kismis As-syifa
Jus Delima
Kurma Badam
Kurma Gajus

Boleh digunakan seisi keluarga. Jika berada dalam keadan tergesa-gesa di pagi hari, pakej bijak ada jawapannya.

Ambil 7 biji kurma dan minum bersama air bancuhan delima, atau bancuhan jus kismis syifa.



RM80 PakejSihat

Pakej Sihat.
RM80 termasuk pos, Semenanjung (skynet)
RM100- Sabah, Sarawak, skynet











No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin