Monday, September 10, 2012

Pagi bertenaga-tisp wahm, sahm, soho

Soho sederhana saya

Salam kasih sayang, pagi yang bertenaga sekali, setelah beberapa hari menjangkau seminggu juga dilanda, demam tak demam, selsema dan sakit kepala. Semalam tidur awal lagi dan hari ini bangun dengan keadaan sihat bertenaga. Alhamdulillah sekarang jam 9 pagi kanak-kanak riang sudah dihantar ke Pasti, tinggal lagi saya memecut untuk tugasan hari ini. Memandangkan bulan ini kritikal juga trek penulisan, maka waktu pagi sayang fokus semula menulis.

Buku baru, terapi diri.

Lebih kurang 20 buku baru untuk 'reward' diri sendiri. Masa pun tak ada nak baca jadi macammana. Masa sudah ada 24 jam sahaja, jadi pandai-pandailah. Saya akan pastikan ada buku di dalam kereta, atas meja atau dimana-mana sahaja. Jadi waktu-waktu menunggu seperti di klinik, basuh kereta dan sebagainya boleh sambung membaca mana-mana bahagian. Adakala membaca dengan laju, adakala membaca ulangan semula petikan yang saya suka. Sangat perlu untuk input ke otak bagi olahan semula apa yang akan ditulis. Jadi baca, baca dan baca. Ia bukan sekaar baca tetapi ia juga terapi.


Salah satu cara kerja yang baik adalah, sebaik-baiknya menghadap kiblat. ;), di depan saya ada tingkap udara dan sebelah kiri juga ada tingkap kaca, diluarnya ada tanaman segar dan subur jiran sebelah yang mengusahakan bisnes jualan bunga-bungaan, pasu, tanaman hiasan dan lain-lain. Udaran pagi ini sangat nyaman, moganya momentum pagi ini kekal hingga menutup mata untuk penghabisan hari ini.

Semalam 10 perkara saya tulis dalam senarai, 9 berjaya diselesaikan, tinggal 1. Jadi senarai akhir semalam saya naikkan jadi tugasan pertama untuk hari ini,

Semoga Allah memberi kemudahan kepada saya dan juga kalian untuk menyempurnakan amanah hari ini. Insya-Allah.

Promosi bulan September, dapatkan e-iqra, percuma panduan solat lelaki dan wanita dan juga pos percuma




Kami pengedar ekslusif online, maknaya tidak terdapat di kedai buku. Terbitan DBP, e-iqra adalah cd dan buku interaktif untuk belajar quran dan tajwid.
Semua untuk semua peringkat umur. Klik dibawah untuk beli







No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin