Wednesday, September 5, 2012

Tips super mak lagi ;D

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t, indah sungguh cuaca hari ini. Arif dan Aiman masih lena, Arissa sudah bangun sedang bersarapan dengan mok. Hakim sudah ke sekolah. Rutin pagi memang ribut kalau ada anak ramai. Akan tetapi ribut tersebut boleh sahaja kita ubah menjadi santai. Tips berikut boleh membantu.

1. Buat agihan kerja dengan suami. Minta bantuan dan kerjasam. Terutama bagi mereka yang bekerja dari rumah, memang tidak menang tangan dibuatnya. Bagi suami urus, perkara yang digemarinya, kita pula fokus kepada urusan lain yang lebih baik kita buat sendiri seperti memasak dan menguruskan anak kecil.

2. Rancang mingguan secara teratur dan setiap hari sudah kenalpasti waktu puncak kesibukan. Tidak nanti kelam kabut.

3. Selalu beri masa kepada diri sendiri terlebih dahulu. Maksudnya bangun awal pagi dan sudahkan kerja yang boleh dilakukan tanpa gangguan anak-anak kecil.

4. Pastikan ada aturan untuk mengelakkan kelam kabut, contohnya saya, akan memandika Aiman, Arif dan terakhir Arissa. Iaitu selesaikan anak yang sukar bangun pagi, jadi bergilir menyiapkan. Kalau serentak memang kelam kabut jadinya.


Singgah di sini untuk mendapatkan produk makanan sunnah terbaik, dari Gedung Serbanika Online




Dapatkan set sihat ini hanya RM80 termasuk pos

Dari kiri jus delima, minyak zaitun dan cuka kurma. Hanya RM80 termasuk pos.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin