Saturday, September 8, 2012

Sudah suku terakhir 2012

Teks: Masayu Ahmad

Pejam celik, pejem celik sudah selesai minggu pertama bulan September. Sungguh pantas masa berlalu, nampaknya belum nampak bayang mana-mana buku saya diterbitkan, namun saya berdoa agar salah satunya dapat terbit juga.

Kini sedang bertarung dua manuskrip segera, dan belum lagi siap, satu ebook, buku soho. Dua dalam senarai segera bulan ini, tiga lagi adalah perlu suntingan lagi. Merangkak ke, berjalan ke, saya perlu selesaikan juga. Buat sampai siap.

Alhamdulillah untuk 2012, saya menerima dua lagi amanah rezeki, selain kedai buku online yang sudah mula beroperasi, juga jemput singgah di serbanika online yang menjual secara borong dan runcit. Bagi kalian yang mahu mula dengan modal minima atau sudah ada kedai online dan mahu tambah produk kalian boleh beli borong minima lima, boleh menghubungi saya. Antara produk yang ada adalah produk tempatan seperti kaftan batik, keropok keping kelantan, makanan sunnah dari negara timur tengah dan banyak lagi.








No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin