Monday, January 2, 2012

Kerja apa?

Teks: Masayu Ahmad


"Ngaja mana," tanya makcik pemilik kedai runcit seberang jalan.

Saya hanya tersenyum,

"Tok ngajar," tahukah pembaca budiman sekalian. Guru atau cikgu adalah pilihan kerjaya popular. Atau soalan ini.

"Ore rumah ngajar mano."

Atau ini.

"Menantu yang ini ngajar mano pulok."

Sesiapa jadi saya sila jawab apa jawapan yang sesuai. Selalunya dalam fikiran saya.

Makcik kerja saya beri tip atau panduan bekerja di rumah, sayalah salah seorang wanita bekerja di rumah.

Takkanlah pula saya nak jawab begitukan. Tahukah saudara dan saudari sekelian, jawapan saya selalunya senyum, atau saya jawab, saya tulis buku.

"Buku gapo, novel ke?"

Sentap dibuatnya. Kalau saya cakap tulis buku, mesti sambungannya, tulis novel. Aduhai. Tetapi banyak kali saya akan jawab bali. Tulis buku umum. Disebabkan yang bertanya faham, tidak faham, atau buat-buat faham. Jadi topik seterusnya berkisar topik lain pula.

Juga bagaimana mahu memahamkan persekitaran bahawa saya berada dalam 'zon kritikal' tetapi nampak dari segi luaran bahagian duduk di rumah tak buat apa-apa.

Jadinya untuk menyelamatkan situasi ini, saya selalu menyatakan kepada Hakim,

"Jaga adik sebentar, ibu mahu sambung kerj,"

"Sekarang ibu mahu kerja!"

Dengan harapan ini adalah saluran pemahaman dan ia akan menukar persepsi tinggal di rumah duduk saja-saja tanpa buat apa-apa. Kerana persekitaran di luar lembah klang masih lagi 'terpana' dengan ayat 'bekerja dari rumah'. Jadi pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Iklan sebentar bersama http://www.xpresszoom.com/

                                                http://www.xpresszoom.com/sriserojainn-4

3 comments:

ciketon fazya said...

harap setahun dua ni kuat semangat nak sambung bekerja dari rumah pula..:)

doakan saya ya kak!

Wan Anie said...

bukan di luar kl saja mas, di sini pun sama....

masih ramai yg perlekehkan kerja di rumah atau mereka tidak faham... bagi mereka " kerja gapo duk rumoh?"

Masayu Ahmad said...

ciketon fazya

insya-allah semangat memang perlu kuat,

moga fazya dipermudahkan

wan anie

itulah wan, sy rasa dalam beberapa tempoh ini trend ini akan mula difahami, generasi spt kita akan beralih kepada satu tahp

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin