Tuesday, January 3, 2012

Hari ke 2 persekolahan

4 Januari 2012

Alhamdulillah, rutin agak ketat awal pagi, saya berjaya juga siapkan bekal untuk anak-anak. Semalam nasi
putih dan ayam goreng, serta biskut. Hari ini nasi goreng dan roti telur.

Arif dan Aiman seronok pergi tadika, nampak keletihan jam lapan semua sudah terlelap. Aiman di ruang tamu dan Arif di sofa. Aduhai anak-anak ibu. Puncak pagi seawal jam lima Arissa sudah bangunkan saya, susukan dia dan kemudian mandikan. Sebelum itu masak dulu nasi. Kemudian pecut pula siapkan semua beg, beg Hakim, Arif dan Aiman dan kelengkapan seharian untuk mereka di transit termasuk Arissa. Kemudian usai solat subuh, ayah uruskan mereka bertiga. Saya kung kang kung kang di dapur. Alhamdulillah siap juga. Usai Hakim dihantar en.suami ke sekolah, kemudian saya siapkan pula Aiman dan Arif, Arissa sudah lena dalam buai.
Tenaga sudah habis, barulah saya urus diri sendiri pula. Arif dan Aiman sudah siap sedia dalam kereta, tinggal lagi bawa masuk Arissa dan barang keperluan. Selepas menghantar mereka bertiga saya di sini menyiapkan entri, dan juga siapkan iklan. Petang nanti ada temujanji. Insya-Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin