Monday, January 23, 2012

Diari seorang penulis


Sebetulnya untuk dalam beberapa bulan ini banyak manuskrip yang sedang saya pulun dan masih lagi dalam proses. Ada dua manuskrip buku kanak-kanak masih dalam penilaian editor, satu manuskrip super mamaideal dalam penilaian kali ke dua. Di tangan masih ada ebook panduan bisnes online (saya rahsiakan dahulu tajuknya) dalam proses 90 peratus sudah siap, tinggal sahaja tambah gambar dan habiskan cepat proses suntinga. Dua ebook baru dalam proses susun bahan yang juga sudah diberi laluan oleh penerbit ebook. Juga satu buku kanak-kanak Islami yang saya sudah terbabas-babas dari trek. Harapnya cuti ini saya dapat melunaskan terlebih dahulu manuskrip buku kanak-kanak ini. Sudah malu sama puan pengetua.

Saya suka menulis dan inilah cara saya menggunakan bakat yang ada dan berkongsi ilmu bermanfaat. Juga terbaru saya sudahpun memulakan langkah yang banyak kali tertangguh untuk Kedai Buku Online, mohon sokongan kalian untuk sertai saya:

Akan menyusul kelak kedaibukuonlinedotcom. Inilah antara impian saya yang masih tertangguh sejak tahun lalu. Asalnya saya setelah pindah ke Kelantan, saya akan mencari rumah yang sesuai khusus untuk tujuan ini. Berdasarkan situasi semasa yang tidak membolehkan saya berpindah, jadi saya ubah semula plan B, mulakan dahulu di http://www.facebook.com/pages/Kedai-Buku-Online/325713544117926?sk=wall. Jangan lupa tekan like ya.

                                           Inilah impiannya, saya akan mulakan gerak langkah tahun ini.

Apabila ia sudah ada, makanya saya perlu laju melunaskan manuskrip-manuskrip yang masih beratur panjang. Saya perlu lebih fokus tahun ini agar lebih banyak buku tulisan saya diterbitkan.Insya-Allah. Stok buku akan mula ditambah mengikut kesesuaian. Kerana fokus saya adalah menjual buku-buku siri mula bisnes, motivasi bisnes, buku perancangan kewangan. Jenis buku adalah berdasarkan apa yang banyak saya kongsikan di sini, selain tujuan utama adalah menjual terus buku-buku saya kepada pelanggan di sini. Saya tahu ramai yang telah dan sudi berurusan dengan saya. Inilah yang membuatkan saya perlu lebih gigih menulis dan menyiapkan lebih banyak manuskrip.

Setakat ini dahulu, hari sudah petang saya perlu menyelesaikan manuskrip ;D.


2 comments:

Cik Melor said...

saya baca tampalan ini

Unknown said...

Tahniah Ayu. Anda memang hebat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin