Teks; www.masayuahmad.com
Alhamdulillah hari ini badan rasa cergas dan saya lebih cekap mengurus kanak-kanak riang awal pagi. Hari ke tiga masih berjaya saya siapkan bekal anak-anak, gulai ayam kasih. Hari pertama nasi dan roti, hari ke dua nasi goreng dan roti telur. Harapnya berkekalan momentum memasak untuk bekal anak-anak. Walau penat rasa berbaloi anak-anak setiap hari minta makan itu dan ini. Saya cuba lunaskan, agar mereka sentiasa bersemangat ke sekolah dan membawa aura kasih sayang saya terus dalam makanan yang dimasak setiap hari.
Aiman dan Arif kepenatan, bangun agak lambat 6.30 baru saya kejutkan. En.suami mandikan anak-anak, kemudian giliran saya pakaikan baju Hakim, Arif dan Aiman. Usai solat subuh, Hakim dihantar en.suami, Arif dan Aiman minum susu dan dihantar oleh saya sendiri. Kemudian saya pecut kerana jam 9 sudah ada temujanji dengan pelanggan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini.
No comments:
Post a Comment