Thursday, January 5, 2012

Email pembaca: Iklan menaip di rumah

Saya kongsikan satu email yang diterima dari pembaca blog ini, puan Halimah yang berad di utara tanah air. Sebelum saya menjawab email ini, mungkin ada mana-mana pembaca yang ingin berkongsi maklumat sebagaimana persoalan puan Halimah kepada saya.




Sedang saya meneroka internet, aya terbaca blog puan.

Saya tertarik dengan isu menjana pendapatan dair rumah. Saya amat berminat sekali. Memang saya seorang suri rumah yang berkerja di sektor swasta. Namun pendapatan masih kurang memuaskan memandangkan anak makin bertambah dan bersekolah..

Saya ingin bertanya pandangan atas dasar seorang wanita dan juga ibu. Saya bukanlah seorang yang minat berniaga seperti membuat kuih, menjahit, menjual kerongsang dan sebagainya. Saya lebih tertumpu atau suka perkara yang berkaitan penyelidikan, menaip, berkaitan internet dan sebagainya.


Banyak iklan yang diiklan dalam internet seperti menaip di rumah. Adakah ini dipercayai? Adakah puan berpengalaman dalam hal ini. Memandangkan saya di utara tanah air, rasanya kami kekuarangan info berbanding di kota raya.
Apa-apa pun saya berterima kasih, jika puan berminat berkongsi info. Sekadar bertukar pandangan, dalam menambah ilmu pengetahuan


Puan Halimah, Utara tanah air.

2 comments:

Cik Melor said...

saya baca tampalan ini.

Mieza said...

Assalamualaikum, saya juga mempunyai soalan yang sama, bagaimana mahu terliba dengan bisness di rumah berasaskan kemahiran pentadbiran seperti menaip, data entry, penyelidikan dan sebagainya?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin