Tuesday, October 27, 2009
Anda mahu jadi SAHM, WAHM atau SOHO, tetapi tiada idea untuk memulakannya.
Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.zarinbahrin.blogspot.com
Apapun matlamat anda ianya perlu selaras dengan tindakan yang akan dilakukan. Meletakkan matlamat mahu berada di rumah terdapat beberapa cabaran yang perlu dikupas. Ianya memudahkan anda sebelum secara rasmi bergelar SAHM, WAHM atau SOHO.
Panduan berikut mungkin boleh membantu
Tiada idea, tidak tahu mula dari mana
Bukan salah anda sekiranya anda masih lagi rasa gusar dan ragu-ragu untuk berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Ramai yang berhenti kerja dan berjaya menjana pendapatan. Namun masih ada juga wanita yang sudah berada di rumah tidak tahu menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan. Ianya pengisian bersama anak-anak dan tidak terisi dengan perkar-perkara lain yang boleh mengujakan.
Strateginya,
Mula menetapkan bilakah anda bermula untuk berada di rumah dan menjana pendapatan. Cari seberapa banyak yang mungkin surirumah yang telah berjaya melakukannya sebagai satu motivasi kepada anda.
Pilih rakan-rakan daripada bidang yang sama, maksud di sini mempunyai kecenderungan, hobi dan minat yang sama. Ianya boleh saja ditemui dalam forum-forum internet, bengkel-bengkel dan kursus. Mulakan secara sambilan dan terus konsisten sehingga anda berhenti kerja kelak.
Mula menyimpan wang sebagai persediaan untuk anda berhenti kerja kelak. Mulakan mengisi setiap hari minggu anda dengan menghadiri kursus-kursu secara percuma dan berbayar. Contohnya, kursus pengurusan kewangan secara percuma, atau hadiri kursus-kursus kemahiran yang boleh meningkatkan lagi kemahiran yang ada.
Caption pic: Beliau pernah mengusahakan 'Smart Reader Kids' miliknya sendiri.
Contohnya Zarin Bahrin juga seorang wanita yang dulu berstatus bekerjaya dan sudahpun mempunyai pendapatan yang stabil dan sukses. Baru juga mengorak langkah untuk bersara awal. Berada di rumah bersama anak comelnya, Hasya. Tentu anda sahaja mahu mengorak langkah seperti beliau, berada di rumah dan masih menjana wang dengan melakukan apa yang diminati.
Beliau telah menghadiri kursus untuk meningkat kemahiran dalam membuat kek. Dalam pada masa yang sama beliau juga sudah menerima tempahan. Zarin juga sudah menerima tempahan selepas membuat periklanan di mudah.com.
Ini adalah salah satu contoh inisiatif yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran, meluaskan jaringan dan melakukan pemasaran secara online. Lawati Zarin di sini sekiranya anda mempunyai minat yang sama dengan beliau http://zarinbahrin.blogspot.com
Nota: Saya sekarang sedang menelaah dan membedah siasat buku ini. Akan saya lontarkan idea-idea yang lebih menarik untuk manfaat bersama.
I'm a Work-At-Home Mommy--You Can Be Too!: A Guide for Moms Who Want to Work.
By Teresa Ann Lyons
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)
www.janawangdirumah.com (Panduan untuk SAHM, WAHM & SOHO)
(Akan muncul bila-bila masa dari sekarang!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
SOHO sy pernah dengar. SAHM n WAHM baru ni saya terbaca. Rupanya berkaitan para ibu. Ibu menetap di rumah, berkerja di rumah dan memiliki pejabat di rumah, sebuah konsep yang amat baik sekali. Terutama pada zaman kini yang memerlukan ibu lebih banyak masa untuk anak2.
ustaz cahaya
terima kasih meninggalkan jejak
konsep soho, sahm dan wahm sudah lama dipratikkan di negara2 maju
malah di negara ini juga sudah sebenarnya, tetapi konsep ini mula diminati sejak kebelakangan ini
inilah pilihan untuk bersama anak-anak, kerana membesar dan mendidik anak era ini sangatlah mencabar
Salam Puan Mas. Terima kasih kerana memberikan kata2 motivasi di blog saya:-)
Harap puan boleh rujuk link ini:
http://ustazcahaya.blogspot.com/2009/10/sahm-dan-wahm-di-soho.html
Saya suka untuk mendengar pendapat akak tentang apa yang saya tuliskan itu.
Terima kasih.
salam. saya amat berharap dan terus berdoa supaya satu haridapat pencen awal dan bekerja dari rumah. sya masih bekerja dgn makan gaji di sebuah jbtn kerjaan.mempunyai kemahiran membuat kek. stress dan berulang alik jauh ketempat kerja..namun bila fikirkan komitmen kewangan yg banyak..takut bila pencen x dapt settle semua urusan berkaitan kewaangan..minta pandangan.
Post a Comment