Tuesday, October 13, 2009
Indahnya bergelar suri rumah, Tuhan maha Pemurah dan Pengasih
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik Google
Saya dapat merasakan ramai yang berkeinginan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga. Menunggu kepulangan suami pulang kerja dan menyediakan hidangan malam.
Waktu pagi menguruskan anak-anak ke sekolah tanpa perlu kelam kabut mengejar punch card dan mengejar masa agar tidak terperangkap dalam trafik.
Pada pandangan saya inilah dilema yang dihadapi ramai wanita yang bekerjaya di luar sana yang inginkan perubahan dalam hidup mereka.
Daripada pendengaran dan pemerhatian saya terdapat beberapa suasana dan status iaitu
bergelar :
-surirumah
- wanita bekerjaya
-dan wanita yang bekerja di rumah atau dari rumah.
Saya sudah merasai pengalaman untuk semua status wanita di atas. Apa yang paling seronok adalah bergelar surirumah dan masih bergelar wanita berkarier yang hanya di rumah. Pening ayat ini agaknya. Ok. Saya akan perjelaskan dengan lebih mudah.
Indahnya bergelar suri rumah kerana mampu menguruskan anak-anak sendiri. Menghantar mereka ke tadika dan membantu menyiapkan kerja sekolah. Seronoknya masih mampu melakukan perkara yang kita gemari dan pada masa yang sama masih mampu menjana pendapatan.
Perjalanan bermula
Sebelum saya bertekad untuk berhenti kerja dan memulakan dengan usaha sendiri dan hanya berada di rumah. Ada yang menentang, ada yang faham, ada yang pelik dan ada juga yang tidak faham
Mereka yang menentang saya anggap sebagai golongan yang tidak faham apa itu konsep bekerja dari rumah. Mereka tidak tahu dan tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut. Alasan yang boleh saya berikan agar mereka tidak pening kepala, lebih kepada mahu menjaga anak-anak dan menjadi suri rumah.
Bagi yang memahami adalah mudah untuk membicarakannya. Mereka ini boleh digolongkan kepada mereka yang sudah terdedah dengan dunia internet dan juga sudah faham dengan situasi atau trend hari ini walau di mana sahaja berada kita masih mampu menjana pendapatan. Ini adalah kenyataan bukan omongan atau angan-angan Mat Jenin.
Bagi mereka yang berasa pelik, bukanlah satu perkara yang sukar untuk saya terangkan. Mudahkan dan fahamkan mereka. Jika sukar saya iyakan sahaja apa sahaja yang tergambar di fikiran mereka. Usah pening kepala untuk sibuk-sibuk menerangkan dan ia memudahkan saya sendiri.
Golongan tidak faham tetapi berpura-pura faham. Sebenarnya mereka tidak faham apa sebenarnya saya lakukan di rumah. Ada yang masih berfikiran sudah berada tahap gaji yang stabil tetapi tiba-tiba mahu berhenti kerja. Penat sahaja belajar tinggi dan hanya mahu berada di rumah.
Saya suka akan pilihan saya dan merasa tenang dengan keadaan ini.
Saya mensasarkan untuk berada di rumah sebelum Hakim memulakan persekolahan darjah 1. Jadinya saya perlu bergerak pantas untuk berada dan mencapai matlamat tersebut. Dalam perbincangan saya dan en.suami, kami memerlukan banyak pengorbanan dan ianya memerlukan komitmen.
Mungkin panduan saya ini dapat membantu anda diluar sana untuk berhenti dan berada di rumah. Menjaga anak dan masih menjana pendapatan.
Tentukan tujuan dalam kehidupan
Saya tidak pernah sekali mahu menjadi jutawan atau kaya raya. Cukup sekadar tidak mempunyai hutang piutang dan mampu hidup sederhana dengan keluarga. Namun jika ianya rezeki, saya menerima sahaja asalkan hati saya tidak riak dan berlebih-lebihan.
Ada sekali dalam satu seminar yang saya hadiri bersama suami. Pergi sekadar mahu mengambil ilmu sahaja. Orang yang memberi syarahan (talk) dalam dewan bertanya siapa yang datang di sini yang mahu jadi jutawan. Saya dan suami hanya tergelak-gelak dan juga beberapa peserta seminar yang lain. Saya tidak mengangkat tangan, tetapi suami mengangkat tangan.
Jurucakap itu berkata. Wah di sini sudah ada beberapa orang jutawan (termasuk saya kerana tidak mengankat tangan). Kerana orang yang mengangkat tangan mahu jadi jutawan, yang tidak mengangkat tangan sudahpun jutawan, kerana tidak perlu lagi mengangkat tangan.
Kami membayangkan kehidupan yang lebih sederhana dan mula membuat perancangan kewangan dan perbelanjaan bulanan. Dua sumber gaji kini menjadi satu gaji. Saya sama sekali tidak meletakkan syak atau curiga dengan rezeki Allah, kadangkala ada juga pemikiran bahawa bolehkah saya meneruskan kehidupan dengan lebih sederhana.
Saya adalah wanita yang boros dan tidak pandai dan tidak bijak dalam menguruskan kewangan. Kerana ini jalan yang saya pilih dan saya perlu akur.
Permulaan
Kami berkira-kira mahu menjual kereta utama dan hanya menggunakan kereta yang kecil sahaja. Daripada menggunakan dua kereta jadinya mahu satu kereta sahaja kerana mahu mengurangkan perbelanjaan.
Suami pernah bergurau dengan nada yang serius. Tak payah pakai kereta besar, guna sahaja viva (kepunyaan saya) untuk balik kampung. Saya berfikir alamak, bagaimana mahu mengangkut segala mak nenek barang-barang. Sudahlah sempit anak-anak pula semuanya lasak.
Saya tidak ada duit kopi dan tidak boleh boros-boros. Hakim tidak perlu ke sekolah kerana saya boleh mengajarnya di rumah.
Alhamdulillah
Saya meletakkan100 peratus akan melakukan perubahan untuk kebaikan dan matlamat kami pada masa hadapan.
Allah itu maha Adil maha Pemurah lagi maha Berkuasa. Selagi kita meminta tanpa berserah bulat-bulat, Dia tidak akan menganiaya hambanya.
Saya anggap ini satu perjalanan kehidupan suami isteri yang cukup manis. Apa yang kami rancangkan selepas saya berhenti kerja semuanya tidak berlaku. Malah lebih banyak perkara positif yang berlaku.
Alhamdulillah jika sudah menjadi rezeki kami, Allah yang maha pemurah masih lagi memberikannya sebagai hak kami anak-beranak. Kami tidak jadi menjual kereta masih berupaya setakat ini mengekalnya, saya masih ada duit kopi, Hakim masih meneruskan persekolahan dan segala-galanya masih sama seperti dulu.
Perubahan positif, saya sudah tidak boros dan sudah makin mahir untuk melakukan perbelanjaan berhemah. Disebabkan en.suami menguruskan pembelian barangan dapur jadinya ianya lebih efisien.
Ada sekali saya ke pasaraya mahu membeli belah kononnya, saya mati kutu kerana tidak tahu membeli apa. Itulah penangan disiplin dan perubahan yang cuba saya lakukan sehingga tulisan ini (latihan lebih kurang 11 bulan).
Hakim masih meneruskan persekolahan. Setiap pagi sambil bersiar-siar bersama Arif dan Aiman saya membawa mereka bersama menghantar Hakim ke sekolah. Kami menyanyi dan berborak sama-sama. Keakraban saya dan anak-anak semakin rapat, tidak seperti keadaan sebelum saya ada pembantu rumah.
Tahun ini tahun kedua kami mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk berkongsi rasa kesyukuran. Saya sangat senang hati memasak dan menjamu rakan taulan dengan hasil air tangan sendiri. Lebih kuranng 250 tetamu hadir, pada siangnya saya cukup bertenaga untuk memasak dan pada malam hari terus pengsan kerana penangan keletihan. Mohon maaf kerana ada teman-teman yang belum sempat saya jemput. Insya-Allah tahun depan masih ada, jika ada rezeki dan panjang umur.
Pada tengah malam ketika saya sibuk di dapur, saya menerima perkhabaran yang membuatkan hati saya cukup gembira. Insya-Allah jika ianya sudah sampai waktu akan saya kabarkan di sini. Apa yang ingin saya sampaikan rezeki berada di mana-mana, hanya kita sahaja perlu bertindak dan berusaha.
Memilih untuk berada di rumah dan mampu menjana pendapatan adalah bukan perkara angan-angan kosong, ia boleh menjadi kenyataan. Dan saya menerima satu lagi berita gembira dan sangat bersyukur pada petangnya dari en.suami.
Apa juga perkhabarannya bukanlah perkara utama yang mahu ceritakan. Tetapi apa ingin saya kongsikan apa sahaja perkara yang menjadi matlamat dan pilihan dalam kehidupan kita perlu mulakan dan bertindak dari sekarang. Diibaratkan, usah menunggu bulan jatuh keriba barulah anda mahu bertindak.
Mulakan dan usahakan dari sekarang. Pilihan kehidupan adalah di tangan kita. Salam sukses dan salam sayang buat semua pembaca blog ini. (Sangat panjang entri malam ini)
Labels:
Motivasi,
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Seronok saya membaca entri kali ini...mcm membaca kisah sendiri saja..hihi..cuma saya masih belum bekerja dari rumah (dlm proses..tlg doa ya!)Memang benar rumahtangga akan lebih terurus.. lebih utama tidak terkejar-kejar dalam nak beribadat (solat dll) kan.. Rezeki itu hak Allah yang penting kita usaha, yakin dan tawakkal..
very good info. terima kasih sesangat kerana sudi share dengan kami semua.
sebenarnya sejak bergelar surirumah ni saya ada bercita2 utk jual kereta saya tu tp en suami kata tunggu dulu sebab takut nanti susah nak hantar anak ke sekolah. dia sarankan agar kami kawal perbelanjaan kami..
alhamdulillah, setakat ini kami masih mampu memiliki 2 kereta dan kami amat bahagia dengan pilihan kami ini.betul kata ayu, rezeki ada di mana-mana..yang penting kita berusaha tanpa jemu
Alhamdulillah.. murah rezeki ko, ayu. Ko mmg kuat berusaha.. Insya-Allah tentu ko akan berjaya pasni.. :) Tolong doa utk aku skali yea mek?
~ Sori tak smpt gi umah ko hari tu. Ada hal sket. Insya-Allah hrp len kali dpt jmpa lagi. Take care.
aashaku
insya-allah semoga allah makbulkan... apa yg penting terus mohon dan usaha
zarin
itulah nasib baik.. kereta kecik tulah sbg kenderan utk sy hantar ank pegi sekolah..
Jai
marilah bila2 masa pun, rumah ku sentiasa terbuka.. tak payah tunggu open house
Asalamualaikum, Ayu. Tahniah, berjaya melaksana apa yang dirancang. Saya tumpang gembira. Success story seperti Ayu ini adalah satu inspirasi. Insya Allah, lebih ramai akan berjaya mengikut jejak Ayu nanti :)
Khas buat Rihan
terima kasih rihan, kerana meninggalkan jejak, janganlah silent reader sahaja
semoga apa yang Rihan impikan juga menjadi kenyataan, insya-allah
mungkin kalau suami berpendapatan tinggi ok kot. klu gaji kita yg lebih tinggi dari dia how nak berhenti. ditambah hutang-piutang keliling pinggang rasanya impian nak duk rumah mcm ayu masih jauh lagi utk saya...mungkin bila hutang2 dah berjaya dibasmi bolehla kot nak berhenti kerja..balik kg tanam jagung makan kangkung...:D
saya baru 1st time singgah blog ayu. macam aashaku gak, rasa mcm baca kisah sendiri. saya baru tak sampai 5 tahun bekerja, tapi dah banyak kali fikir nak berenti keje sbb nak uruskan anak2. saya nak sgt bekerja sendiri dari rumah, tapi saya tak tau macam mana nak start. skrg gaji saya lebih besar dari suami, hutang keliling pinggang. saya keje gov, so nak berenti keje mmg fikir panjang.. harap ayu leh bagi idea macam mana nak start keje dari rumah.
alicesona & nzms
ok saya akan jawab keraguan kalian berdua dalam bentuk entri ya
lebih panjang dan lebar
assalammualaikum..cik..izinkan saya share teks ini..
Post a Comment