Tuesday, October 13, 2009

Hobi kepada pendapatan

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.dynamicmetromoms.com

Saya akan kongsikan 6 wanita yang mempunyai cara tersendiri dalam melakukan hobi sebagai sumber pendapatan sampingan.

Kategori wanita berkerjaya

Kisah 1

Kakitangan kerajaan, hanya melakukan secara sambilan dan suka-suka. Ianya menjana pendapatan yang lumayan. Mengadakan bengkel dan berkongsi ilmu yang dimiliki.

Kisah 2

Seorang jurutera di syarikat swasta. Melakukan bisnes online secara suka-suka. Juga menjana pendapatan. Tetapi wanita ini masih mahu meneruskan karier dan pada masa yang sama bisnesnya begitu mendapat sambutan.

Kisah 3

Wanita yang melakukan jualan tudung bawal online. Juga melakukannya sekadar sambilan sahaja. Namun bisnes nya juga mendapat sambutan kerana strategi yang digunakan.

Wanita berstatus surirumah sepenuh masa

Kisah 4

Suri rumah sepenuh masa yang hanya menjual karipap frozen sebagai hasil sampingan untuk memenuhi ruang kosong dengan status surirumah.

Kisah 5

Wanita ini berniaga pakaian dan juga barangan lain di rumahnya. Ianya boleh diibaratkan sebagai butik di rumah. Tidak mahir dalam soal pemasaran internet. Boleh dikategorikan sebagai bisnes offline atau secara konvensional sahaja.

Kisah 6

Menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, pada masa yang sama mula membuka peluang meraih pendapatan daripada masalah wanita bekerjaya. Menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak dan transit. Ini juga contoh wanita yang belum terdedah dalam kemudahan internet. Kaedah ini juga boleh dikembangkan dengan meningkat kemahiran dan ilmu dengan mengambil kursus-kursus yang pendidikan awal kanak-kanak.

Ini adalah wanita-wanita yang saya kenali dan berada di lingkungan saya. Bagaimana pula dengan anda? Sudah tentunya anda juga mempunyai teman-teman yang sudahpun menjana pendapatan hanya di rumah atau dengan melakukan secara sambilan sahaja. Ini adalah kisah benar dan bukan cerita rekaan. Saya akan kongsikan berkenaan operasi mereka satu persatu, sebagai panduan dan persediaan untuk anda bekerja di rumah.

3 comments:

Unknown said...

assalamualaikum masayu.

kakchik termasuk dlm kategori yang pertama.

segalanya bermula dengan hobi dan minat yang mendalam akhirnya menjadi bisnes.

insyaallah dalam masa terdekat kakchik akan membuka cabang bisnes yang baru.

tolong doakan kakchik berjaya ya.

p/s: alangkah seronok kalau dapat berhenti kerja dan tumpu sepenuhnya kepada dua bisnes tsbt.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Masayu Ahmad said...

Kak Chik

Wasalam

Semoga kak chik sukses dlm apa juga bines yang dilakukan

Pak Karamu

terima kasih suid ziarah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin