Wednesday, October 21, 2009
Apa yang anda perjuangkan melalui blog
Teks & Foto: Masayu Ahmad
Jangan tersilap pada pandang pertama, ada benar dan ada betulnya. Kadangkala apabila kita menerjah dari satu blog banyak ilmu baru dan juga perkara baru. Satu blog yang saya baca cukup memberi nafas dalam setiap tulisan atau catatan di blog. Ini juga buat peringatan untuk diri sendiri.
Catatan negatif mahupun positif mempunyai impak tersendiri. Kadangkala kita mahu bercerita, tetapi kita tidak sedar apa yang diceritakan kadangkala seolah-olah berbangga pada diri sendiri, juga terlepas dengan bergosip sesama sendiri. Jika di pejabat kita terjebak dalam gosip pejabat, jika berblog kita terlibat juga dalam hal yang sama tanpa kita sendiri. Jika kita tidak ada keserasiaan janganlah pula menyebarkan hal-hal yang kurang wajar. Berhemah dalam penulisan sudah tentunya berupaya mengasuh dalaman dan ianya akan tersingkap keluar.
Penulisan kadangkala akan menjadi cerminan diri. Ianya ibarat kanak-kanak yang digambarkan seperti kain putih. Jika hitam warnanya, maka hitam lah jadinya.
Jika putih maka bersihlah dalaman dan memancar keluar pesona diri. Jika penulisan banyak yang negatif ianya juga seolah-olah turut mengambarkan diri penulis. Mungkin saya silap, tetapi kadangkala ada benarnya.
Emosi wanita kadangkala terbawa-bawa di dalam penulisan. Alam maya juga membawakan saya banyak teman baru tanpa perlu bersemuka. Pencarian nilai diri yang sama. Pembawaan juga kadangkala ada persamaan.
Cukup setakat itu. Mengapa pula saya bangkitkan soal ini. Rasa terkesima sekejap dengan catatan Hamba Allah yang begitu membuatkan saya tersentak. Nampaknya saya tidak keseorangan dalam pandangan ini. Cukuplah sekadar bahawa kadangkala dalam pelbagai isu yang timbul kita mempunyai penilaian dan perspektif yang cukup berbeza.
Apa yang jelas cukup ramai yang mempunyai pandangan seperti saya. Saya fikir hanya saya berpandangan demikian. Penulis blog tersebut sangat telus dalam mengemukakan pandangan secara pro dan kontra. Negatif dan positif. Dalam setiap perkara juga kita perlu berhati-hati dalam melontarkan pandangan, saya mengambil iktibar jika perkara tersebut ada pengajaran. Sebaiknya berdiam diri sahaja sekiranya tidak sama dengan pendirian. Dunia ini bulat. Pusing-pusing ke situ juga perginya.
Dalam setahun jagung berblog dan mula aktif sejak awal tahun yang lalu, salam ukhwah saya hulurkan kepada pengunjung blog ini. Setiap catatan di sini adalah perkongsian dan mahu mengenali lebih ramai kenalan di alam maya.
Juga terima kasih kepada pengunjung yang sudi menghantar email, pembaca senyap yang malu-malu meninggalkan komen (jika ada) dan juga rakan-rakan lama yang kini kembali saya jejaki. Saya juga sangat menghargai setiap komen yang diberikan. Ianya cukup memberi semangat untuk terus menulis, berkongsi dan memberi inspirasi. Insya-Allah saya juga berusaha ingin menjadikan pilihan bekerja di rumah atau Pengurus rumah tangga adalah satu perjuangan seorang wanita dalam mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat. Moga di sini ketenangan sentiasa bermukim di sana jua kita kekal abadi.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com
Labels:
Catatan Harian,
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
betul3x, saya setuju dengan artikel ini. Memeberi peringatan pada diri saya sendiri untuk lebih bijak menulis...tq.
ummufarhan
kadang-kadang sy berhati2 juga menulis takut menilai org lain dgn cara negatif...
Mas,
Saya juga risau jika timbul bangga diri dari perkongsian.... minta dijauhkan Allah
Itu yang bila nak menulis kena makan masa dan berfikir panjang, tidak mahu tergesa-gesa sehingga bercerita perkara yang sia-sia sahaja.
Jika ada tegur-tegur lah....
Wan anie
insya-allah, sama-sama kita mengingati antara satu sama lain
saya kadang-kadang tulis dulu, kemudian apabila rasa tidak seronok, terus sahaja delete semula ;D
Post a Comment