Sunday, October 18, 2009

Cabaran bekerja sendiri



Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google

Artikel ini adalah panduan untuk mereka yang bekerja sendiri WAHM atau SOHO. Sekiranya anda sebelum ini berstatus wanita yang berkarier, bekerja makan gaji, panduan ini mungkin membantu.

Kekalkan status bekerja makan gaji

Makan gaji di sini masih bekerja dan tetapi makan gaji dengan diri sendiri. Apa sahaja kerja yang anda jalankan anda perlu professional dan fokus. Profesional di sini bermaksud anda tidak main-main dan mempunya aturan sendiri. Tidak boleh sesuka hati mengambil wang syarikat. Perlu ada perancangan kewangan, operasi, keuntungan, perbelanjaan dan sebagainya.

Apa yang uniknya ialah adanya kebebasan dalam membuat pilihan dan membuat keputusan. Itulah kelebihan orang makan gaji dengan diri sendiri. Tidak perlu ada tekanan daripada mana-mana pihak dalam segala keputusan dan tindakan.

Sokongan dan kritikan memantapkan motivasi

Anda masih perlukan sokongan, kritikan dan pandangan. Tetapi ianya sama sekali tidak akan mematahkan semangat sebalik anda perlu mengambil pandangan yang bernas untuk anda lakukan perubahan. Kritikan yang tidak munasabah dan menyakitkan hati, biarkan sahaja seumpama mencurah air ke daun keladi. Sebaliknya sekiranya kritikan membantu dalam perubahan, anda perlu menganalisa kritikan daripada sudut positif.

Kekalkan momentum motivasi

Ada masa motivasi akan kekal menegak dan adakalanya akan merudum. Jika motivasi anda mula tenggelam timbul cari kelainan dengan berehat, membaca buku motivasi, melakukan hobi dan lakukan percutian yang mendamai.

Setelah segalanya pulih teruskan berusaha dan lebih kuat berusaha untuk memastikan kejayaan akan tetap menjadi milik anda.

3 comments:

Pija Madzlan said...

Saya amat suka bekerja sendiri...sangat mendatangkan kepuasan dari sudut apa pun...

Masayu Ahmad said...

Sitisifir10

Sangat setuju, kepuasan yang hanya difahami dengan status bekerja sendiri.

Ada lainnya kepuasan dengan makan gaji, ianya tetap berbeza.

Dalilayusf said...

Kadang-kadang memang lemah semangat nak-nak orang asyik perlekehkan usaha kita sahaja, tp bila kita masuk ABDR baru jadi kuat sebab tgk kawan2 pun kuat.

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin