Monday, October 19, 2009
Hadiah sempena ulangtahun 30 tahun
Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik Google
Saya semakin menghampiri kematian. Meniti usia yang bertambah setahun lagi dan setiap langkah harapnya akan diiringi pengalaman yang semakin mematangkan diri. Dalam tempoh usia begini sudah banyak saya diberi kurniaan. Seorang suami yang penyayang lagi memahami. Tiga putera yang semakin lasak dan sentiasa menggembirakan hati. Inilah hadiah paling bermakna dalam sisi kehidupan saya.
Melangkah satu tapak lagi, saya perlu mengubah peralihan kepada seorang isteri yang lebih baik, ibu yang sempurna, seorang anak yang berjasa dan muslimah yang memberikan manfaat melalui ilmu dan amalnya.
Segala perubahan bukan sahaja perlu dilakukan sekadar setiap kali tahun baru atau pada waktu-waktu tertentu, tetapi saya perlu banyakkan muhasabah diri akan kelemahan yang ada.
Menjelang 20.10.2009 adalah tarikh kelahiran saya berkongsi tarikh dengan adik yang bongsu, bulan berikutnya adalah ulang tahun kelahiran Hakim (29.11.2005), bulan berikutnya En. Suami (12.12.1974), bulan berikutnya pula Aiman (4.1.2008) dan seterusnya Arif (4.2.2007). Jadinya setiap bulan ada catatan bersejarah untuk keluarga kecil kami.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang beriya-iya sangat dalam meraikan apa-apa ulang tahun. Bukan budaya keluarga kami,mungkin juga kami ni orang kampung sejati. Pengaruh ini pun sebab, kawan-kawan dan suasana sekeliling. Kalau harijadi anak-anak pun saya tak beriya sangat, cukup ada kek dan lilin, sekadar mengembirakan hati anak-anak. Tidaklah ada majlis besar-besar. Kalau ada pun cukup sekadar majlis kesyukuran beserta majlis tahlil. Cukup sekadar ambil tahu sahaja, namun ucapan daripada teman-teman rapat sudah cukup membuatkan diri dihargai dan diingati. Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengingatinya.
Saya semakin hampir dengan mencapai sasaran, maka saya perlu berjalan dan terus menikmati warna-warni kehidupan. Selain mensyukuri dengan limpahan rezeki, kesihatan dan masa lapang serta kehidupan sekarang ini. Mudah-mudahan usia, rezeki dan kehidupan yang diberkati ini menjadikan saya seorang muslimah yang lebih berhemah dan bertakwa. Insya-Allah.
Labels:
Hari Istimewa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hepi besday masayu! semoga bertambah cantek, sihat, murah rezeki, kuat, dimanfaatkn umur dan selamat!!
Terima kasih Ely, terima kasih juga sudi menjadi sabahat blogger saya, wpun tak pernah ketemu...
Amin...
Post a Comment