Wednesday, October 28, 2009
Surirumah Jutawan!
Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://goatmilk.files.wordpress.com
Semua orang celik mata apabila menyebut jutawan. Jutawan di sini mempunyai makna yang berbeza. Suri rumah jutawan bukan kebendaan yang menjadi buruannya. Ada matlamat lain yang diburunya.
Jutawan masa
Surirumah yang bijak menguruskan masa, tidak akan merasa tekanan dalam kesibukan harian. Ianya seolah rutin yang perlu dinikmati. Tiada istilah terburu-buru. Dia hanya perlu melakukannya secara konsisten dan menyiapkan kerja satu persatu. Setiap kerja tertib tidak penuh bernafsu. Melainkan jika surirumah tersebut mempunyai impian melebihi keupayaannya. Jutawan palsu biasanya hatinya sentiasa diburu nafasu, ingin dilimpahi emas permata dan harta, walhal itu semua tidak akan dibawa bersama.
Jutawan ilmu
Surirumah jutawan yang asli kaya dengan ilmu dan amal. Pendekata setiap hari adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Sentiasa muhabasah akan kelemahan dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Tidak hanya ilmu untuk kemodenan untuk persiapan diri dan keluarga malah ilmu agama sebagai benteng penyelamat apabila menutup mata.
Jutawan ketenangan
Ketenangan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Rumah tersergam besar, kereta mewah berderet-deret belum tentu memberi makna hati pemiliknya tenang. Senyum lebar tetapi jiwa kacau. Surirumah jutawan yang asli, biasanya hatinya sentiasa tenang walau ketika gembira atau berduka. Setiap apa yang datang tidak menjadi mudarat baginya, kerana dia tahu sesuatu yang berlaku akan datang bersama hikmah dari NYA.
Salam sukses dari meja WAHM
www.masayu-ahmad.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)
www.janawangdirumah.com (Panduan SAHM, WAHM, SOHO, nantikan kelahirannya!)
Labels:
Motivasi,
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment