Friday, October 30, 2009

Salam Jumaat, hujung minggu bermula lagi

Teks & foto: Masayu Ahmad

Isnin-Jumaat, Sabtu dan Ahad bertandang lagi. Begitu pantas masa bergerak, seolah-olah sangat mencemburui. Tugasan padat masih dalam senarai panjang dalam minggu ini. Saya perlukan motivasi agar segar, moga-moga saya dapat menyiapkan kerja sebagaimana yang dijadualkan.

Minggu ini agak tidak sibuk di waktu pagi, kerena Hakim tidak benarkan ke sekolah kerana baru pulih dari demam dan asmanya. Asmanya hanyalah dua hari sahaja, hari yang lain hanya demam biasa-biasa sahaja. Diikuti Arif dan Aiman, berjangkit selsema dan demam. Imuniti mereka kembali kebah, saya memberikan madu dan minum air kosong. Kanak-kanak riang ini kembali aktif.

Cumanya apabila semua tidak sihat, semuanya mahukan perhatian lebih. Bermula Hakim, Arif dan berakhir Aiman. Arif dan Aiman jarang sekali demam sebenarnya. Biasalah kanak-kanak perlu demam sekali sekala.

Kalau si bongsu tidak sihat, jawabnya tidak boleh berbuat apa-apa. Kerja rumah saya perlu selesaikan sebelum mereka bangun. Aiman sangat marah jika dia tengah cergas saya sibuk dengan kerja mengadap komputer. Akan datanglah si kecik yang perkasa ini menepuk-nepuk paha. Tidak puas hati mahu didukung. Banyak akal Aiman, dia tidak mahu ditampu dengan tangan kiri sebaliknya mahu didokong dengan tangan kanan.

Apabila kepalanya direbahkan dibahu, dia hanya mahu saya mendodoikannya sahaja, tidak boleh bertukar tangan. Jika saya mula menggerakan jari mahu menaip, dia akan bagi isyarat. Tak boleh! Sambil kepala diangkat dan merenung saya. Kemudian kepalanya kembali lentok di bahu.

Kebiasaanya selepas menyuap kanak-kanak riang ini makan tengahari agak mudah untuk saya menyambung kerja. Kerana mereka sudah kekenyangan dan hanya menonton sahaja siaran kartun. Tetapi ketika masih cergas, perlu minta kebenaran dulu, kalau tak melalaklah semuanya.

Ibu: Ibu nak buat kerja boleh?
(Selalunya saya akan bertanya mahu naik ke atas untuk menyambung buat kerja)

Hakim: Tak boleh. Sini. (Sambil tangan menepuk-nepuk sofa di sebelah)
Arif: Tak oleh (pelat telornya)
Aiman: Oleh (lagi pelat, tapi maksudnya Tidak!)

Kalau tak pun jika mood mereka baik.

Hakim: Ibu pergilah kerja. Naik atas sambung kerja. Hakim jaga adik nahh.
(Ini ketika isyarat sudah puas hati ibu melayan mereka bertiga)

Ibu: Ok (Barulah boleh bergerak dengan lega)

Rutin pagi menghantar Hakim, Aiman dan Arif akan ikut bersama. Selepas bersarapan bersama ayah mereka, Aiman dan Arif bermain basikal di laman. Kemudian akan bersambung dengan aktiviti mewarna. Aiman akan kembali sambung tidur, selepas mandi dan harum. Tinggal sahaja Arif selepas penat melukis akan turun ke bawah membuat aktiviti sendiri. Hakim akan pulang jam tiga petang. Petang hari jika saya kelapangan dan rajin, mereka bertiga akan dibawa ke taman permainan. Sudah lama tidak merajinkan diri.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin