Sunday, May 20, 2012

Teruja luar biasa ;D


Alhamdulillah atas urusan dan rezeki hari ini. Aduhai seronok tidak terkata apabila saya menemui 'port' menulis yang baru. Seronok kerana dekorasinya cantik, seronok kerana berada dalam gedung ilmu dan buku. Harapnya ia dapat memberi momentum dan semangat kepada saya dan selesaikan tugas untuk hari ini.

Alhamdulilah juga minggu ini, segala urusan dapat diselesaikan dengan baik. Juga semalam saya ubah suai semula kedudukan meja kerja. Ubah semula posisi. Apabila statik berada dalam keadaan sama, saya mula akan mencari sesuatu yang baru. Kalau hari-hari makan nasi lauk ikan kering, sesekali sedap juga ada gulai ikan, ye tak?

Bersambung ;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin