Wednesday, May 16, 2012

Kuasa memberi dan berkongsi

                                     http://www.xpresszoom.com/businesses/rose-garden-inn

Hari ini saya rasa begitu tenang, teruja dan dihargai. Kuasa memberi dan berkongsi itu adalah satu nilai yang tiada tandingan dalam mencari rezeki.

Pernah kalian dengan kata-kata ini.

"Saya tidak boleh kongsi ini, nanti bisnes orang lain lebih maju."

Saya tidak setuju dan setuju pandangan ini dalam beberapa sebab. Ada perkara yang boleh kita kongsi dan ada perkara yang tidak boleh kita kongsi

Perkara yang boleh dikongsi

Semakin banyak kita berkongsi lebih banyak yang kita perolehi. Lebih banyak saya berkongsi di sini, lebih banyak idea-idea canggih yang datang. Kadangkala berebut-rebut untuk keluar dari akal fikiran. Terima kasih Allah atas rezeki ini.

Perkara yang tidak boleh

Strategi. Tentu ada strategi unik kita berbanding pesaing. Inilah yang membezakan produk dan perkhidmatan kita boleh bersaing di pasaran.
Strategi inilah kita tidak boleh kongsi, contohnya dalam perang sekalipun kita perlu ada strategi.

Tetapi apabila strategi itu berjaya, barulah dikongsi pula dengan lebih ramai usahawan lain, agar lebih ramai dapat meraih rezeki Allah. Dan kita perlu yakin walaupun kita sudah berkongsi strategi, rezeki adalah Allah punya hak untuk beri kepada mereka yang benar-benar berusaha.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin