Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang
di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi
oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain
strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress
pemasaran emel yang perlu diharungi.
Pemasaran emel ialah penggunaan 'electronic mail' atau kemudahan
emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi
tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah
pemasaran melalui emel.
Pemasaran emel juga mempunyai potensi
untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana
ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon
di antara pemilik bisnes dan pelanggan.
Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi
negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang
selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel
komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna
Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang
mereka ingin terima di inbox mereka.
Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah
syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan
hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus
'menambat' pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan
setia mereka.
Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan
dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi
untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi
itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien
yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat
yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.
Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui
apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau
negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran,
ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.
Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang
memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak
menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas
hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha
itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.
Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh
mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi pemasaran emel ini:
1. Integriti Kandungan - Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap pemasaran
emel dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam
strategi pemasaran itu sendiri. Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting
untuk memastikan kandungan emel yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki
integritinya sendiri. Ini bermaksud penghantar menyertakan maklumat mereka dengan
lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar emel kepada mereka.
2. Persetujuan yang Jelas - Adalah penting bagi penghantar emel itu mengetahui bahawa
pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima emel-emel dari mereka. Untuk itu adalah
wajar mereka sentiasa mengemaskini list emel untuk mengetahui siapa di antara pelanggan
itu yang setia dan sebaliknya.
3. Keagresifan Kandungan - Walaupun penghantar emel itu ingin menjadikan strategi pemasaran
emel mereka agresif, adalah merupakan satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara
tujuan mereka dan hak-hak penerima emel. Penghantar emel haruslah menggunakan baris subjek
yang berkaitan dengan kandungan emel, menggunakan alamat emel yang sah dan membuat persetujuan
dengan para pelanggan untuk menghantar emel-emel promosi di masa hadapan.
Pemasaran emel terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya
untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia. Bagaimanapun,
para pemilik bisnes hendaklah sanggup 'berperang' dengan masalah spam
dan tahu bagaimanakah cara untuk mempengaruhi para prospek membuka dan
membaca emel-emel mereka, demi untuk hasil perniagaan yang lebih baik.
Lawati www.otaiemail.com
Ikhlas
Raja Kamil
No comments:
Post a Comment