7 Sebab Mengapa Usahawan Perlu Menggunakan FB ADS:
1. PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR!
Pengguna Facebook di Malaysia semakin meningkat! Pada tahun 2011,
satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada
di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu
dengan jumlah 12,193,600 pengguna pada tahun 2011.
Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang
berpotensi menjadi pelanggan anda!
2. PASARAN GLOBAL YANG LUAS
Sebelum ni di Malaysia sahaja! Kini ditunjukkan pula pengguna FB di
seluruh dunia! Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com,
terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012!
Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta
pengguna FB di seluruh dunia.
3. KOS PENGIKLANAN MURAH
Jika anda tanya mana-mana usahawan internet yang pernah menggunakan
FB Ads, FB Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan!
Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap
klik/paparan di Facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain,
seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM,
FB Ads memang menjadi pilihan!
Jika dibandingkan dengan iklan offline pula, FB Ads jauh lebih menjimatkan!
4. PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA
Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk anda kepada
prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat
tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi!
Pilih prospek ikut kesesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan!
5. PEMASARAN VIRAL
Iklan anda bukan saja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan
tersebar secara VIRAL. Anda promosi produk anda kepada 10 orang,
tapi 100 orang akan terimanya hasil kehebatan button share, like,
comment yang ada pada Facebook.
6. RAMAI SUKA SHOPPING DI FB
Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun
gemar membeli belah di FB. Mereka suka membeli produk pakaian, gajet,
permainan, kek, dan bermacam-macam lagi. Jika anda tidak mengambil
peluang ini, anda memang rugi! Lubuk duit adalah di FB!
7. CEPAT DIJALANKAN
Inilah yang paling disukai ramai, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda,
dan "publish"nya dalam masa yang singkat! Dan anda juga boleh mendapat
beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja!
Inilah yang kami sendiri sudah laluinya! Menyeronokkan apabila web jualan
anda dilawati oleh begitu ramai orang dalam masa yang singkat dengan
duduk di depan laptop sambil minum kopi 'o'. Bayangkanlah..
Semoga anda juga berjaya dengan FB ADS; Info lanjut dan lebih banyak perkongsian
FB ADS di dalam bahasa melayu di: http://facebook.usahawaninternet.my
Razif Yusof
Usahawan Internet Sepenuh Masa
No comments:
Post a Comment