Murtabak Raja Cafe, jika ke Kelantan singgah di Cafe ini, terdapar pizza, karipap dan murtabak raja yang sedap, klik link di bawah untuk keterangan lanjut. |
Teks: Masayu Ahmad
Hari minggu begini, Jumaat yang mulia. Tidak ke mana-mana. Banyak kerja yang belum selesai, maksud saya kerja rumah.
Menjelang Jumaat menu agak banyak dan lebih istimewa. Jika hari biasa satu lauk sudah cukup, kerana mengejar masa. Hari ini menu kerabu mangga ala kelate, sup tulang, ikan kembung goreng dan ayam goreng untuk kanak-kanak riang. Sudah tentu juga nasi panas.
Berjimat
Ok, saya mahu kongsi lagi catatan yang masih melekat semasa sesi bersama Dato' Rusly. Antaranya orang Cina sangat berjimat dalam soal makan. Contohnya jika ke pasar hanya membeli lauk yang cukup sahaja untuk masak pada hari itu. Isi ikan, segenggam sayur dan lima ekor udang. Jika ahli keluarga lima orang maka, akan diagihkan secukupnya.
Kalau mahu makan besar, makan di luar rumah sesekali. Bukan setiap hari. Untuk meraikan untung atau apa sahaja. Makanlah sepuasnya.
Dibandingkan orang Melayu, kalau membeli penuh troli, kalau ke pasar tidak cukup tangan, semua barang mahu beli.
Berhemah dalam membeli berjimat dan menabung. Akan saya kongsi dari masa ke semasa.
Nah, kita kembali kepada sunnah RasulAllah, makan sekadar yang cukup dan masak satu menu sahaja. Kalau katakan ikan dan nasi. Tidak ada lagi gulai ayam, gulai itik, daging goreng dan sebagainya. Ini peringatan buat saya juga. Kadangkala memang sukar untuk melakukan disiplin ini. Yang baik inilah yang perlu dijadikan amalan.
Tetapi saya lihat ini dalam cara mertua. Memang benar, jika waktu pagi hanya nasi dan daging goreng sahaja. Memasak pula tidak berlebih-lebih. Hanya Jumaat seperti hari ini sahaja, dia akan memasakn lauk isitimewa. Hari lain adalah hari raya dan waktu-waktu merai anak cucu yang pulang ke rumah.
Jangan lupa baca ebook panduan bekerja dari rumah, www.janawangdirumah.com
No comments:
Post a Comment