Friday, November 30, 2012

Murah rezeki

Teks: Masayu Ahmad
RM20 termasuk pos semenanjung
RM22 termasuk pos sabah sarawak
bayar di sini 
Jika anda berani membaca buku ini, bererti anda telah berani memasuki zon ujian terbesar bagi umat ini. Iaitu kekayaan. Jadi, ucapkanlah, “Selamat datang ujian harta kekayaan, silakan masuk ke dalam kehidupanku!”.

Namun benarkah anda telah sanggup mengharungi samudera ujian yang maha berat tersebut?
Di sinilah kepentingannya buku ini. Membaca buku ini, anda sebenarnya akan diajak untuk mengerahkan segala fikiran, strategi dan aktiviti usaha anda kepada konsep Tauhid dan kerasulan. Hanya dengan itu anda akan mampu “menyembuhkan kemiskinan” yang dihidapi majoriti umat Islam dewasa ini. Dengan mengembangkan kajian mendalam ke atas kuasa ketauhidan ditambah pula tunjuk ajar Rasulullah S.W.T. dalam mengatasi virus kemiskinan, insya Allah buku ini akan membimbing anda dengan sangat mudah untuk membuka pintu-pintu rezeki yang penuh keberkatan yang tersebar di seluruh penjuru langit dan bumi. Jika anda istiqamah menghayati dan menerapkannya, maka dengan izin Allah anda akan menjadi orang kaya yang hidup dalam lindungan Cahaya-Nya.

Benteng tawakkal

Benteng tawakkal atau faktor yang mendorong seseorang bertawakkal adalah mengingati kembali jaminan yang diberkan oleh Allah s.w.t. Adapun benteng yang dapat mempertahankan kualiti dan keteguhan tawakkal adalah mengingati keagungan Allah Azza wa Jalla Subhahu wa Ta'ala, kesempurnaan ilmu-Nya, kekuasaan-Nya dan kesucian-Nya dari sifat pelupa, lemah dan kekurangan.

Ketika si hamba melaksanakan beberapa faktor ini secara terus-tersan (istiqamah), maka pasti dia dapat bertawakkal, pada Allah dalam masalah rezeki.

Oleh itu, janganlah hati ini bergantung kecuali pada Allah s.w.t, cukup dengan apa yang diberikan-Nya dan jaminan yang diberikannya-Nya. Berapa ramai yang memiliki harta dan hatinya bergantung kepada Allah s.w.t, bukan pada hartanya ituu. Namun ramai pula orang yang tidak memiliki harta dan wang belanja yang diharapkannya, bukan pada Allah. Oleh yang demikian masalah yang sebenarnya adalah terletak pada hati. Fahamilah ini baik-baik, insya-Allah anda akan cukup dalam hidup ini.

Ada satu fenomena yang sering mengusik hati manusia ketika mendapati bahawa," orang yang mahu berusaha akan memperoleh rezeki dan harta yang banyak, sedangkan orang yang enggan berusaha tidak memiliki rezeki dan tidak memiliki harta."

Pada sisi yang lain kita juga sering melihat bahawa ada juga orang yang berusaha, namun tetap melarat dan bergelumang dengan kefakiran dan ada pula orang yang enggan berusaha namun diberi rezeki dan kekayaan melimpah ruah.

RM81 termasuk pos semenanjung
RM89 termasuk pos sabah sarawak
Bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin