Teks: Masayu Ahmad
Lama sudah tidak menulis panjang di sini, setiap hari semput mengejar masa. Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki. Cuti sekolah akan bermula, namun dalam tempoh menghabiskan dua bulan terakhir 2012 ini, saya masih mahu siapkan 2 lagi urusan besar sebelum 31 disember 2012. Juga berselang seli masa yang ada selama 10 hari ni sedang menyusun dan menyiapkan beberapa manuskrip, ini jiwa saya, sepanjang awal tahun hingga sekarang, banyak masa saya fokus kepada kedai buku online dan produk sunnah, alhamdulillah sudah ok berada dalam trek.
Bagi suku terakhir ini, moga Allah mudahkan 2 lagi ini siap sepertima yang saya rancang, usaha sehabis daya, doa sebaik mungkin, moga Allah perkenankan juga usaha ini. Jihad saya, lebih ramai wanita punya masa fleksibel seperti saya, masih utamakan keluarga, masih berada di lingkungan orang tua, mereka yang utama, selainnya adalha amanah yang berselang seli tugasan dalam 24 jam masa bergerak sehari semalam.
Betulah, guna masa lapang sebelum masa sibuk. Maka saya sedang berada 'zon sibu', pun begitu saya tidak mengatakan kesibukan ini menjadi penyebab saya sukar untuk berhubung dengan masyarakat, masih saya perlu perbaiki mana yang kurang. Juga tahun hadapan lebih fokus kepada anak-anak. Kerana kesibukan saya, Arif dan Aiman selalu cuti yang saya buat sendiir. Insya-Allah ibu sudah mula berada dalam linkungan masa yang boleh dirancang, 'kesibukan terancang'.
Alhamdulillah
Saya tidak tahu mahu kata apa, minggu ini Hakim berubah benar, solat sudah awal, rajin buat kerja sekolah tanpa disuruh. Hakim sebelum ini suka memberontak kerana saya tidak punya masa untuk dia, beberapa hari saya ambil kesempatan menghantar makanan ketika waktu sekolah, sukanya dia saya lihat.
Hakim dikategorikan kanak-kanak aktif, tidak suka duduk diam, ada sahaja yang membuatkan ibu perlu banyak sabar. Saya cuba dan usahakan selain doa, saya beri air zam-zam dan doa bersamanya, ya Allah Hakim anak soleh, anak mendengar kata, jadikan Hakim anak yang baik, rajin solat dan suka buat kerja rumah. Saya melihatkan Hakim dalam dua minggu ini, sangat menyejukkan hati. Antara kelebihan air zam-zam adalah ia bergantung kepada niat kita untuk djadikan ubat. Alhamdulillah mujarab, saya sambung lagi kerana Arissa menangis
No comments:
Post a Comment