Tiada lebih hebat dengan punya masa dan sentiasa merai bersama ahli keluar sendiri. Pagi ini sudah siap nasi berlauk, gulai ayam ala kelate, juga ayam goreng untk kanak-anak, keropok lekor, keropok keping dan tadi mertua belikan pula pulut dakap. Memang sentiasa murah rezeki, apakan tidak kami sebetulnya tidak berbelanja besar untuk barang dapur, selalunya bapak mertua yang belikan selang sehari, barang basah, ikan iaitu jenis apa menu yang dia mahu makan. Hari Jumaat pula emak mertua pula ke pasar pagi. Ini pun namanya rezeki kan, saya hanya tukang masak dan bersihkan dapur sahaja, itu pun masih kurang sempurna dan banyak kurang lagi khidmat saya kepada mereka.
Emak mertua antara lauk kegemarannya, ikan bilis bercampur petai, ikan bilis digoreng bersama bawang, sambal ikan bilis campur telur itik, gulai udang campur telur itik. Kalau mahu masak ikan perlu masukkan asam jawa, biasanya bahan yang sama untuk masa ikan bawal masak asam, ayam goreng masak asam, dan saya sangat banyak dapat ilmu baru dan resipi baru dari mertua.
Manakala bapa mertua, dia tidak cerewet soal makan. Antara menu kegemaran, patin masak tempoyak, sup tulang, pelbagai aneka kerabu, kerabu mangga muda, kerabu buah bachang muda, kerabu timun, kerabu perut. Jumaat biasanya kami atau mertua masa resipi istimwea, kadangkala berselang dengan ikan bakar atau ikan percik. Semua masak sendiri, sangat jaaarang beli.
Ini saya kagum dan banyak belajar. Mereka berdua susah dan tidak suka makan dikedai. Ia berkait rapat dengan siapa tukang masak, tukang masak solat atau tidak. Ya, ada saya dengar ceramah ustaz azhar idrus, memakan hasil masakan orang yang tidak solat, seperti makan makanan yang kurang berkat atau tidak berkat, macam makan air longkang-ini saya akan semak semula ya, ia masih tergiang dalam kepala saya (saya akan betulkan semula)
Juga semalan tentang aurat, bahawa ramai yang tidak dapat mengikut perintah Allah, ketika sakitpun masih tidak dapat menjaga aurat, apatah lagi yang lain. Orang yang ketika mudanya sihatnya tidak mampu menjaga aurat, masa ketika mahu mati akan berada dalam keadaan demikian. Aurat pun tak nak jaga, apatah lagi yang lain. Allah suruh tetapi kita tak nak dengar. Aurat bukan boleh suka-suka nak buka atau tidak, mahu atau suka memang 'wajib' tutup. ;)
No comments:
Post a Comment