Alhamdulilah segala puji dan syukur dalam masa 2 minggu ini kiri, kanan, belakang dan depan semua menuntut perhatian saya. Selalunya jika begini, saya perlu utama keluarga, akan tetapi urusan kerja masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, bermula Arif, berjangkit Arissa dan Aiman, saya juga mujur sekejapan sahaja demam. Jika si ibu yang demam maka satu keluargalah parah. Mujur saya demam malam hari, habis satu badan sakit, selepas mengambil ubat, beberapa jam kemudian terus lompat bangun. Itulah kita kan, wanita, ibu dan isteri, tanggungjawba masih perlu diurus dengan baik. Itulah nikmat kesihatan kadangkala ia sangat mahal dan perlu bersyukur apabila mendapat nikmat tubuh badan yang sihat untuk mengurus segala amanah.
Banyak pula saya membebel, banyak betul yang mahu dikongsi, Arissa sangat jarang demam, dan saya kira ini demamnya paling lama empat hari juga, bersambung Aiman, kurus kering Aiman ;), sekarang semua sudah ok, saya kembali dengan urusan biasa. Cuma mertua masih batuk-batuk berterusan demam tak demam. Bersambung kejap lagi ya, banyak mahu kongsi ;)
No comments:
Post a Comment