Anak-anak masih bergelimpangan tidur, alhamdulillah. Hakim sudah bangun solat subuh, dan kembali menyambung tidur. Arissa juga masih lena, menyambung tidur selepas menyusu, biasanya waktu ini saya sudah gegas bangunkan, susu, suap, mandi, bersiap dan adik terkedek-kedek membawa bakul, sudah mahu ke sekolah. Sudah beberapa patah lancar dari mulur mongel ini. Saya suka pelu erat anak berbau syurga ini. Anak-anak masih suci dari dosa, jadi setiap kali rasa berat dan rasa keletihan seharian mengurus amanah Allah, saya peluk dan cium si kecil ini. Satu aura tekanan meluncur laju keluar. Mudah bukan. Ia terapi paling berkesan.
Sarapan sudah siap. Nasi putih, sambal ikan bilis, ayam goreng rangup untuk kanak-kanak riang, teh o panas, panaskan juga kuah kacang untuk roti canai. Mertua masih tidak sihat, berganti selepas ayah mertua seminggu juga kurang sihat. Jadi saya belum berkesempatan menjenguk ayah. Jika sudah nampak ok, dan izin suami saya mahu pulang menjenguk ayah.
Minggu ini saya mahu pulang, sudah beberapa kali bertangguh mahu pulang ke rumah tok ayah. Ya Allah ampunkan saya jika masih dan kurang mahu memberi perhatian sepenuhnya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan di sini dan di sana.
Usai tadi selesai memasak, sambil menyidai pakaian basah. Bertalu idea beratur dalam kepala. Banyak manuskrip yang tertangguh tahun ini, saya kira saya sudah selesai dalam 10, akan tetapi belum rezeki untuk diterbitkan. Ini selalu saya tanam dalam diri, usaha saya belum luar biasa, Allah belum mahu kabulkan. Usaha lagi dan biar salam letih dan habis daya. Ya, itu selalu saya tanam dalam diri.
Akan tetapi walaupun buku-buku baru belum terbit. Allah berikan pula peluang rezeki, yang lain, alhamdulillah usaha saya kini sudah boleh memasarkan buku-buku penerbit yang saya suka, dan yang penting memberi peluang tersebut kepada kalian yang suka untuk berjualan buku dan punya minat seperti saya, tidak pandai menulis tetapi mahu jual buku. Ini juga amanah, saya tidak boleh syok sendiri dan hanya mahu terbitkan buku sendiri sahaja. Jadi kalian yang mahu punya kedai buku online sendiri, boleh bersama saya, pelaung terbuka luas sebagai usahawan kedai buku online. Tidak perlu modal hanya beli sahaja salah satu buku Jana RM Dari Rumah, atau eboook www.janawangdirumah.com, ini syarat sahaja untuk melihat komitmen dan kesungguhan kalian.
Saya banyak melabur, melabur dalam ilmu, seminar dan buku. Ia adalah memberi pencerahan kepada kita kepada lebih banyak idea bernas. Jangan malas. Saya kadangkala sangat geram dan mahu sekeh kepala, soalan yang ditanya seolah, kamu memang pemalas mahu mencari, Google sahaja, semua ada jawapan di situ, melainkan sudah tidak ada dan sudah penat usaha barulah bertanya. Kalau mahu sukses perlu usaha, usaha, dan usaha. Baca dan baca. Setelah kita dapat dan prakik berkongsi kembali dengan sahabat lain yang sedang tergapai-gapai mencari arah.
Saya sebetulnya mahu berkongsi buku ini, ya ampun sudah membebel panjang. Maafkan saya ya.
Tajuknya
Orang Islam Harus Kaya!
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan dengan keampunan daripadaNYA serta kelebihan kurnia dan ingatlah Allah Maha Lusa Limpah rahmatnya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNYA." Sura Al-Baqarah, 268.
Pernah suatu ketika saya di Mekah, tempatnya di Masjid Al-Haram, pada masa
Bersambung ya...
Iklan dulu satu saat
Beli seberapa banyak buku-POS ADALAH PERCUMA!
Berita baik buat pelanggan setia saya, bagi peminat tegar buku online, jadi dengan ini saya mengitiharkan pos adalah percuma sahaja dengan membeli terus dari sini
Sertai keahlian kedai buku online klik di sini, http://www.facebook.com/groups/497938423561201/
Apakah keisitimewaan keahliaan kedai buku online
1. Menikmati penghantaran buku secara percuma sahaja, maksudnya tidak ada caj pos dikenakan. Kalian hanya bayar harga buku sahaja.
2. Lebih 1,000 judul akan dijual, saya sedang menegmaskini buku dari masa ke semasa.
3. Kepakaran kedai buku ini adalah menjual semua jenis bukua fiksyen, non fiksyen, kitab, quran terjemahan, quran digital,
4. Kami mengedarkan kebanyakan buku-buku dari penerbi tersohor, antaranya karangkraf, pts, galeri ilmu, telaga biru dan lain-lain.
5. Pelanggan boleh menyatakan buku apa yang mahu dibeli, jika tidak ada kami akan usahakan.
Antara yang terlaris di kedai buku online pos percuma sahaja dengan keahlian
http://www.facebook.com/groups/497938423561201/
No comments:
Post a Comment