Semua sudah lena didakap malam. Ibu? Masih lagi mata besar mengadap tugasan. Tugasan masih banyak dna mahu susun untuk satu lagi rutin esok. Rutin sudah bertukar semula, esok kononya mahu jenguk ayah sekejap, juga ada lagi beberaoa urusan. Mahu juga berpagi-pagi pergi berurut. Kita tengok macam mana.
Menjelang beberapa minggu lagi tahun baru, ada dua lagi matlamat yang mahu dicapai. Semoga Allah permudahkan. Kini saya kembali dapat seimbangkan semula aktiviti bersama anak-anak. Bersusah-susah dulu, bertenang-tenang kemudian. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Selagi mana kita berdoa dan berusaha, selagi itu ada ruang dan peluang.
Untuk tahun 2013 saya mengidam bilik urus pakaian seperti gambar di atas atau dibawah, ia boleh dijadikan bilik terapi, akan saya pastikan ia bersebelahan dengan dapur, dan ruang taman herba segar sambil menulis dan bersama kanak-kanak riang. Berangan sahaja tak salah kan, 'reward' untuk diri sendiri. Jadi masayu ahmad, sila berusaha dengan lebih gigih.
No comments:
Post a Comment