Apa yang memberi dorongan atas usaha kita setiap hari. Apa yang kita baca, serap dan praktik. Selalunya kita sukar untuk keluar dari zon selesa, malas untuk berhijrah, rasa sudah cukup dengan apa yang ada. Ada yang memberi satu gerakan momentum rasa semangat luar biasa, apabila membaca kisah-kisah belakang tabir, kisah-kisah kejayaan sahabat kita, umur lebih kurang sebaya tetapi mengapa 'mereka' lebih berjaya.
Kejayaan dan kegagalan ia, dua pencapaian yang kadangkala adalah 'nasib'. Akan tetapi saya selalu melihat kejayaan seseorang adalah hasil usaha luar biasa, semangat, cekal, waja, dan segala apa yang positif. Ini yang selalunya saya pahat dalam diri, apa yang saya mahu dan apa saya mahu capai dalam sekian tempoh. Sudah tentu ia bukan sekadar, ok sudah cukup di sini, dan mahu berhenti.
Pendakian perlu dilakukan ketika jalan yang lengang, curam yang dalam perlu usaha luar biasa untuk melepasi, usaha yang berterusan ketika peluang rezeki terbuka luas diberikan DIA. Ya, saya selalu pasakkan dalam fikiran, Allah sedang menguji, menguji dalam bentuk peluang dan amanah rezeki. Semoga sekiranya diurus dengan baik, diberikan satu lagi peluang, begitulah seterusnya.
Pengalaman memberi iktibar
Saya belum dan tidak pernah menulis tentang kelahiran Arissa, dan ia adalah salah satu pengalaman yang sukar tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat melepasinya. Kejayaan kecil diri dalam melepasi satu dugaaan, saya kira ia antara paling meninggalkan kesan dalam diri. Selepas dua minggu kelahiran Arissa, berat badannyan turun sehingga 2 kilo, dan kami bermukim di ICU selama 40 hari, jadi lebih kurang sebulan saya berada di ICU. Banyak catatan yang ingin saya tulis, tetapi tidak pernah pula kesampaian, antara kata-kata doktor yang masih terpahat kukuh.
"Harapan adalah 50-50, tidak pasti adakah dia akan dapat meneruskan kehidupan atau sebaliknya."
Itu kata-kata yang membenar memberi kesan, selama beberapa tahun saya menunngu seorang bayi perempuan, kelahirannya kami rasa gembira luar biasa. Hingga kali terakhir temujanji doktor, barulah esoknya saya bukan kepalang membeli pakaian baru buat bakal kelahiran bayi perempuan. Gembira tidak terkira.
Kita jaminan doktor itu, hati saya luluh dan kembali. Jika benar saya hanya bersama anak selama beberapa minggu, saya kembalikan semula sekiranya itulah masa yang diberikan untuk merasai nikmatnya apabila doa kita dikabulkan.
Bersambung....
Iklan sebentar ;P
Klik di sini untuk menjadi ahli http://www.facebook.com/groups/497938423561201/
Apa kesitimewaannya
1. Belilah berapa banyak buku, pos adalah percuma ;D. Kan mudah tu hanya hujung jari, tak perlu ke kedai buku, saya hantar terus ke kediaman kalian.
2. Lebih 1,000 judul akan dijual, saya sedang menegmaskini buku dari masa ke semasa.
3. Kepakaran kedai buku ini adalah menjual semua jenis buku fiksyen, non fiksyen, kitab, quran terjemahan, quran digital,
4. Kami mengedarkan kebanyakan buku-buku dari penerbi tersohor, antaranya karangkraf, pts, galeri ilmu, telaga biru dan.
5. Pelanggan boleh menyatakan buku apa yang mahu dibeli, jika tidak ada kami akan usahakan.
Jadi jemput ke sini ya http://www.facebook.com/groups/497938423561201/, hanya ahli sahaja yang layak menikmati pos percuma.
No comments:
Post a Comment