Rabiah Ruslan
Saya sedang berbelah bahagi, sekarang sedang cuti tanpa gaji. Bekerja sebagai kakitangan kerajaan, baru empat tahun bekerja. Saya buat bisnes produk kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah, memberangsangkan. Pada masa sekarang ini sudah tak ada hati untuk sambung kerja balik, perlu ke berhenti kerja?
Ramai yang mengalami dilema seperti di atas, mahu berhenti kerja dan mula membuat tumpuan sepenuhnya bekerja dari rumah, iaitu sepenuh masa. Keadaan bertambah keliru kerana beberapa perkara di bawah
- Sudah bekerja tetap dan mempunyai pendapatan stabil
- Sudah bekerja dan mahu melepaskan tekanan dengan mengusahakan bisnes sendiri, tetapi kurang yakin sekiranya pendapatan kembali tidak stabil
- Mahu berhenti kerja tetapi tidak mendapat sokongan suami, mertua dan keluarga
- Kewangan masih kurang stabil, perlu fikir tentang kos hutang rumah, pendidikan, kereta, sara hidup dan lain-lain.
- Adakah pendapatan ketika mengusahakan bisnes secara sambilan akan berganda selepas berhenti kerja dan mengusahakan sepenuh masa.
Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana.
Beberapa pandangan lain
Izam Suziani
Sebelum berhenti perlu fikir sebaiknya, dan perlu lihat hutang piutang, perbelanjaan isi rumah, cukup atau tidak untuk tampung selepas berhenti kerj. Berbincang dengan sumai dan minta pendapat dia. Bukan apa, dalam bisnes ada turun naiknya, sekurang-kurangnya kalau ada kerja tetap tidak terlalu membebankan. Selepas berhenti dari kerja kerajaan, saya sendiri mengambil masa berbulan-bulan untuk seimbangkan semula hal yang berkiatan kewangan, ini adalah pandangan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ia memang sukar pada mulanya tetapi saya tak pernah menyesal, saya gembira dengan keputusan tersebut. Rezeki Allah ada di mana-mana kita perlu usaha, doa dan bertawakal. Semoga dipermudahkan.
Rabiah Roslan
Betul, saya sekarang cuti tanpa gaji, tetapi simpanan ada, tak ada masalah sangat, tetapi tentang hutang saya perlu fikir lebih teliti. Sekarang mertua pun nasihatkan jangan berhenti dahulu, tetapi suami yang sarankan agar berhenti. Tetapi itulah, risau kerana suami pun kerja sendiri juga, tetapi saya memang sudah tetapkan dalam hati, rezeki Allah itu maha luas, orang yang tidak menyembahnya pun kaya raya. Inikan kita yang mengikut perintahNya.
Baca lagi di sini ya, singgah di blog baru saya, fokus kepada lebih banyak info dan tips bekerja dari rumah
http://wahmsahmsoho.blogspot.com/2012/11/membuat-keputusan-berhenti-kerja-tips.html
Mula bisnes tanpa modal sertai saya
Langkah demi langkah bisnes tanpa modal- dropship
10 Langkah berikut
1. Saya menawarkan dua pilihan dropship berikut
a. Kedai Buku Online Network- Iaitu menjual buku-buku popular terbitan Karangkraf, Galeri Ilmu, Pts, Telaga Biru, Inteam Publication. Penyertaan masih dibuka kepada mereka yang tinggal di luar Kelantan.
1. Saya menawarkan dua pilihan dropship berikut
a. Kedai Buku Online Network- Iaitu menjual buku-buku popular terbitan Karangkraf, Galeri Ilmu, Pts, Telaga Biru, Inteam Publication. Penyertaan masih dibuka kepada mereka yang tinggal di luar Kelantan.
b. Produk Sunnah- Iaitu menjual produk makanan sunnah, seperti madu, kurm, susu kambing, minyak zaitun, cuka kurma, cuka epal dan banyak lagi.
2. Pilih mana salah satu di atas, a atau b, mesej saya di fb http://www.facebook.com/masayu.ahmad. Sebelum itu beli buku Jana RM Dari Rumah atau ebook www.janawangdirumah.com, bacaan wajib.
3.Setelah menyertai salah satu dropship di atas. Kalian hanya perlu
3.1 Create fanpage, contohnya http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom- percuma sahaja kan, dan mula ambil gambar buku berdasarkan dalam panduan yang diberikan.
3.2 Daftar juga nama kedai buku kalian di blogger.com contohnya, http://kedaibukuonlinedotbiz.blogspot.com/
4. Sudah boleh mula promo dan jual, panduan seterusnya adalah di dalam kumpulan dropship yang anda sertai.
Iklan lagi
Pakej buku asas untuk mula wahm, soho
Sabah sarawak RM84 +RM15 (Jumlah RM99)
Bayar di sini: http://
No comments:
Post a Comment