Mengekalkan ubat stress
Mengekalkan terapi ini bukan senang, kerana usai selesai di sini, di sana menanti, sudah pula di sana di sinun pula berkecah. Selesai urusan dapur dan masak sarapan pagi, kita mula pula ke ruang depan, bilik tidur, bilik air. Kadangkala urusan ini berselang seli pula melayan permintaan suami tersayang, anak ini mahu ini, anak itu mahu itu. Kalut kesitu dan ke sini sudah tengahari, nah perlu masak untuk tengahari pula. Kelentang kelentung di dapur, maka bergegas pula menunaikan zohor, sambung pula petang, ada pula yang memanggil mahu teh o panas dan pula kudap-kudap sesi petang. Keletang keletung di dapur pula.
Pencuri masa
Bukan, saya mungkin juga kalian. Saya selalu berkerut-kerut mahu berlari ke sana ke sini, kalau boleh cepat siap hanya beberapa minit sahaja. Terapi saya adalah menulis, masa sangat berharga untuk saya, sangat, sangat, sangat berharga. Saya sangat marah kepada diri sendiri apabila tidak urus masa dengan baik. Bersambung
No comments:
Post a Comment