Ada banyak beza antara wahm, sahm, soho, tetapi ada banyak persamaan juga iaitu dari segi pengurusan masa. Ada masa kita boleh bergelar wahm, bertukar sahm, aktif bersoho. Maksudnya tiga topi ini kenalpasti dan sesuaikan penggunaan masa dan jadual kerja.
Wahm
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah.
Jangan terikat apabila bergelar wahm,kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja kita dari masa ke semasa.
Usahawan sepenuh masa
Apabila kita
sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah
pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai
fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama
masih boleh bekerja di mana-mana sahaja, dan kebebasan sebenar masih
boleh urus
dan ada pejabat dari rumah.
Ubah
kebiasaan
1. Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’
apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada.
Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru,
urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.
2. Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’
atau pejabat, saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di
rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk
urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti
mengikut keperluan.
3. Ubahsuai juga masa untuk kerja dan
rehat. Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini
juga perlu member perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi
alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti
biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti
untuk melepaskan lelah. Jadi jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan
ini mengikut keperluan.
Bagi yang baru mahu memulakan usaha bergelar wahm, buku wajib baca Jana RM Dari Rumah, langkah demi langkah asas sebelum bermula, beli di karangkraf mall, kerana dengan saya stok sudah habis
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581 (klik link ini untuk beli)
Harga promosi sekarang RM12.75 sahaja
atau bacaan ini
- Bab 1: Pendahuluan & Konsep
Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah. - Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah. - Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah. - Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah. - Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda. - Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah. - Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah. - Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah. - Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di ruma
No comments:
Post a Comment