Wednesday, April 27, 2011

Motivasi diri

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, wang ringgit, ketenangan, ibu bapa, anak-anak, masa lapang, rehat yang cukup, idea yang mencurah-curah. Walaupun wang ringgit adalah berada pada kedudukan yang tinggi bagi kebanyakan kita.
Apa yang sudah saya melalut. Mari telusuri semula perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita rasa kurang bersemangat, kecewa dan sebagainya. Apakah saya ini sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan tiada cabaran dalam kehidupan? Sesiapa pun tidak tahu, kerana masing-masing sudah punya laluan sendiri.

Hari ini ada satu lagi perkara yang membangkitkan rasa semangat saya untuk menulis. Walau itu adalah perkara biasa pada orang lain, tetapi satu suntikan yang melonjak-lonjak. Kembali semula aura menulis saya yang agak perlahan dua minggu ini. Dua manuskrip sedang saya pulun sekarang memerlukan sedikit kerahan usaha lagi. Mahu sedikit sahaja lagi ke garis penamat dan bermula pula  manuskrip yang baru untuk Mei 2011. Mari semangat, mari, mari.

Sebetulnya tiada rezeki saya untuk Pesta Buku 2011 yang masih lagi berlangsung. Apa pun saya sedang siap sedia untuk Pesta Buku 2012, cabarannya perlu menyiapkan lebih banyak buku. Sekarang, sekarang, bukan bulan depan, tahun depan baru mahu mula.

Sebetulnya dua minggu ini anak-anak bergilir-gilir tidak sihat. Jadinya saya menyarung pakaian jururawat buat sementara waktu. Bermula Hakim, Arif, dan Aiman. Hari ini baru mula hari untuk berjuang semula di depan komputer.

Saya tidak mahu melihat apa yang mendukacitakan, sebalinya mahu melihat perkara-perkara yang menaikkan semangat sahaja:

-Hakim semakin lancar membaca
-Arissa semakin gebu dan montel
-Saya mahu menyiapkan dua lagi manuskrip untuk April 2011

Itu sahaja. Tidak mahu menoleh belakang. Jika mood merudum, saya melihat blog penulis lain yang sudah terbit buku-buku baru mereka. Saya perlu berlari lebih laju, atau sahaja konsisten dengan trek sekarang, jika banyak belukar sedikit-sedikit menebasnya, jika sudah melalui lebuhraya, teruskan perjalanan dengan kelajuan maksima yang boleh dicapai.


Salam kasih sayang penuh motivasi

Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di sini- http://www.http//nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/


Dapatkan juga ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita di sini - http://www.janawangdirumah.com/

Layari Panduan Kesihatan & Kecantikan; http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Sertai saya di facebook - http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom

1 comment:

Anamarza said...

Ya motivasi penting , saya pun masih mencari2 semangat untuk memula kan langkah mencuba sesuatu yg baru...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin