Tuesday, April 19, 2011

Abang Hakim

Teks: Masayu Ahmad

Terima kasih abang Hakim, kerana tahu akan maksud ibu. Sekarang Hakim sudah buku 7 dan satu lagi buku. Sasaran saya Julai, sudah hampir disudahkan Hakim April 2011. Alhamdulillah, kerana anak-anak ibu mudah dan suka akan suasana membaca. Arif juga teruja dengan buku-buku, begitu juga Aiman. Saya hanya melihat sahaja, apabila saya mula terpacak di depan komputer, tiga beradik ini bergelimpangan dengan buku, pensil warna. Tidak payah di suruh-suruh, ia semulajadi.

Setiap malam selesai memunggah buku-buku, Hakim dengan sendiri mengemas beg sekolah dan memasukan juga sepersalinan pakaian. Pertolongan kecil yang cukup bermakna buat saya. Walaupun ibu ada di rumah, memang tidak menang tangan juga dibuatnya. Kebiasaan ini sudah menjadi rutin, bangun mudah, mandi, solat dan ke sekolah.

Lebih kurang begini lagu Hakim, saya ingat-ingat lupa.

Pukul enam pagi
Mesti kita bangun
Terus gosok gigi
Mandi solat subuh

Cium tangan ibu
Cium tangan ayah
Cepat pergi sekolah

Jalan tepi-tepi
Jalan cepat-cepat
Terus awal pagi
Cucikan kelas

Rajin belajar
Rajin mengingat
Dengar cakap cikgu
Insya-Allah berjaya

2 comments:

Wan Anie said...

Bagusya Hakim... macam sama jer dengan lagu yg hakim dan aiesyah nyanyi tapi lirik tu ada salah sket kut.. :D

Masayu Ahmad said...

wan

memang ada salah pun..

sebabnya dia suka suki tukar seni kata lagu

ada satu lagu anak nabi kita
siti rokiah ditukarnya jadi siti popia..jenuh lah kita perbetulkan..dah tukar, diulang2 lagi siti popia..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin